TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2023 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2023 : SEMAK SEKARANG

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai oleh kerajaan untuk membantu rakyat meringankan bebanan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan secara berfasa, kini di fasa terakhir iaitu fasa 4. Tarikh rasmi bayaran telah diumumkan oleh kerajaan.

Bilakah tarikh rasmi bayaran str fasa 4 2023? Bagaimanakah cara semakan bayaran str fasa 4? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN E KASIH : PERMOHONAN & SEMAKAN

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah tarikh rasmi bayaran STR FASA 4 yang akan disalurkan secara berperingkat, seperti di bawah :

JENIS PENERIMATARIKH
PEMBAYARAN
KAEDAH
PEMBAYARAN
Mempunyai akaun bank7 hingga 9
November 2023
Dikreditkan terus ke
dalam akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk
di Sabah dan Sarawak)
Mulai 7 November
2023
Pembayaran secara
tunai melalui cawangan
Bank Simpanan Nasional
(BSN)

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Jumlah bayaran STR fasa 4 adalah mengikut kelayakan kategori yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 atau 2 orang anak : RM500.
    • 3 atau 4 orang anak : RM900.
    • 5 orang ke atas : RM1,200.
  2. Kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM0
    • 1 atau 2 orang anak : RM100.
    • 3 atau 4 orang anak : RM300.
    • 5 orang ke atas : RM500.
  3. Kategori warga emas berumur 60 tahun ke atas dan tiada pasangan :
    • Akan menerima RM200 bagi fasa 4.
  4. Kategori bujang berumur 21 hingga 59 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah :
    • RM0 tiada peruntukan bagi fasa 4.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4

Untuk mengetahui jumlah bayaran STR Fasa 4, anda boleh ikuti cara semakan seperti berikut :

PAUTAN MYSTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Scroll ke bawah dan masukkan Nombor Mykad pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad].
  3. Klik [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].
  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
  7. Kemudian, klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan].
  10. Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.
  11. Maklumat pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan STR Fasa 4, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
  • E-mel : str@treasury.gov.my.

Leave a Comment