STR 2024 LOGIN : SEMAKAN PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024, telah dinaikkan kadar tunai bantuan mengikut kategori isi rumah (bergantung bilangan anak), warga emas dan bujang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Bagaimanakah cara semakan pembayaran str 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 : SEMAK SEKARANG
LOGIN STR
PAUTAN RASMI LOGIN STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
KADAR STR 2024
Berikut adalah kadar keseluruhan bantuan tunai STR bagi tahun 2024, seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600.
- Kategori Bujang umur 21-59 tahun (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
- RM350.
Nota : Penerima STR juga turut akan menerima Bantuan SARA (mengikut data e-kasih dan JKM). Bantuan SARA Bujang RM150, Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar RM1,200, dan Isi Rumah RM300.
TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dijangka akan disalurkan sebelum Ramadhan iaitu seawal bulan Februari 2024 (tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti).
JUMLAH BAYARAN FASA 1
Pada tahun 2024, bayaran fasa 1 maksimum adalah sebanyak RM500 untuk kategori isi rumah berbanding pada tahun 2023 jumlah bayaran maksimum hanya RM350 sahaja.
SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2024 LOGIN
Ikuti cara semakan pembayaran STR 2024 online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad mySTR.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan anda betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, tekan pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan STR, anda boleh menghubungi talian hotline mySTR 03 8882 4565 atau emelkan ke str@treasury.gov.my.