BANTUAN KANAK KANAK 2023 : BKK JKM (BORANG PERMOHONAN)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN KANAK KANAK 2023 : BKK JKM (BORANG PERMOHONAN)

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan jumlah Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1000 bagi Bantuan Kanak-kanak. Berdasarkan bajet yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat peningkatan ini dibuat selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

APA ITU BANTUAN KANAK-KANAK BKK JKM

Bantuan BKK adalah bertujuan membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

BKK juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BANTUAN BKK JKM

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah

2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun

3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN BKK JKM

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun

4. Untuk warga yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MEMOHON BANTUAN KANAK KANAK (BKK) JKM

Bagi memohon bantuan BKK JKM ini, terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan seperti berikut:

  1. Permohonan secara atas talian (online).
  2. Permohonan manual di pejabat JKM yang berhampiran.

PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK BKK ONLINE

Untuk memohon secara atas talian and perlu layari pautan ini: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Sila lengkapkan maklumat yang diminta supaya permohonan bantuan bkk anda akan diterima dan diproses.

PERMOHONAN BANTUAN BKK DI PEJABAT JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK BKK JKM

Pemohon yang berkelayakan, boleh muat turun borang permohonan BKK di bawah ini dan serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen sokongan yang diperlukan ke Pejabat JKM yang berdekatan dengan anda.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN BKK JKM YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  6. Pemohon dikehendaki melengkapkan borang berikut:
    • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN

1 thought on “BANTUAN KANAK KANAK 2023 : BKK JKM (BORANG PERMOHONAN)”

  1. Assalamualaikum..saya Sabri bapa tunggal kepada 4 orang anak 3 masih sekolah 1 berumur 4 tahun.saya pernah mohon di pejabat JKM tapi tak pernah dapat.saya baru sahaja kematian isteri dan berharap pihak JKM dapat membantu saya.

    Reply

Leave a Comment