BANTUAN 100 MYKAD 2023 : SEMAKAN / PERMOHONAN
Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan ini dalam bentuk tanpa tunai dimana akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima.
Apakah bantuan 100 mykad 2023? Bagaimanakah cara semakan atau permohonan secara online? Ikuti penerangan lanjut di sini.
APA ITU BANTUAN 100 MYKAD
Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sumbangan ini diberikan kepada kategori miskin tegar yang menerima Sumbangan STR. Untuk pengetahuan anda, kategori golongan miskin tegar ini dirujuk berdasarkan pangkalan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan Kad Pengenalan.
APA ITU E-KASIH
e-Kasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
APAKAH SYARAT PERMOHONAN BANTUAN SARA 100 2023
Ini adalah syarat untuk memohon Sumbangan 100 SARA 2023 ini:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAKAN KATEGORI MISKIN TEGAR MALAYSIA
Kategori miskin tegar di Malaysia diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti jadual dari Portal Pembasmian Kemiskinan berikut:
BANTUAN 100 MYKAD
CARA SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN 100 MYKAD 2023 ONLINE.
- Pergi ke pautan rasmi Semakan Sumbangan SARA di sini : SEMAKAN SUMBANGAN SARA.
- Sila ke bahagian Semak Status.
- Isi No Mykad anda.
- Masukkan Captcha berdasarkan imej.
- Tekan pada butang Semak Status.
- Butiran status kelulusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN 100 MYKAD 2023 ONLINE
Merujuk pada kenyatan di soalan lazim di Portal MyKasih, anda tidak perlu buat permohonan. Kelayakan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.
Sebelum ini, permohonan bantuan kepada kategori miskin tegar boleh dilakukan di sini : MY KASIH REGISTER.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2023
Pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 adalah RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar STR.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2023
Untuk pengetahuan anda, kaedah pembayaran SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan).
- Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
- Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2023.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 MYKAD 2023
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke dalam IC penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
BULAN | JUMLAH |
Julai | RM100 |
Ogos | RM100 |
September | RM100 |
Oktober | RM100 |
November | RM100 |
Disember | RM100 |
Rujukan penuh berkaitan dengan bantuan 100 MyKad 2023 ini boleh dilihat di sini : Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan dan persoalan perkara di atas, anda boleh hubungi pihak terlibat di bawah.
Talian Holine Bantuan SARA:
LHDNM: 1-800-88-2747
MOF: 03-8882 4565 / 4566
MyKasih: 03-7720 1800
Saya anak yatiyam
Hi puvasneswary how r u …u dri MN ye
Menipu je!!?. bantuan apa ke benda nie.. hampeh!??.. buat dosa je..
Kesian rakyat..sapa yang sebenar benar yang dapat bantuan ni?!!.. opai..
Yang btul2 miskin xdpt, yg berkemampuan dpt disebabkan kroni