BMT 2023 : CARA PERMOHONAN & DAFTAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE
Hebahan terkini berkenaan dengan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Makluman kepada warganegara Malaysia yang merupakan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan RISDA, anda boleh memohon bantuan untuk musim tengkujuh.
Bagaimanakah cara permohonan bmt 2023 secara online? Adakah perlu daftar terlebih dahulu? Info lanjut kami terangkan di sini.
Baca juga :
APA ITU BMT
BMT adalah singkatan bagi Bantuan Musim Tengkujuh. Bantuan ini diberikan oleh pihak RISDA kepada penerima yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan bebanan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BMT
ASAS
- Satu (1) Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
- Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Bukan Pemilik Tanah dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
TARIKH PERMOHONAN BMT
Kepada pemohon yang berkelayakan boleh memohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini bermula pada 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.
JUMLAH/KADAR BAYARAN BANTUAN
Penerima Bantuan Musim Tengkujuh tahun akan diberikan sebanyak RM800 seorang kepada mereka yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan selama tempoh 4 bulan.
TARIKH PEMBAYARAN
Untuk maklumat penerima, pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak 4 kali iaitu RM200 pada setiap bulan :
- November 2023
- Disember 2023
- Januari 2024
- Februari 2024
CARA PERMOHONAN BMT
PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN BMT 2023 SECARA ONLINE.
- Pergi ke pautan rasmi Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
- Klik [Daftar Pengguna].
Sekiranya anda masih lagi belum membuat pendaftaran pengguna pertama kali. Anda boleh rujuk panduan pendaftaran pengguna di sini.
1. Manual Pengguna – Pekebun Kecil : https://pekebunkecil.risda.gov.my/static_files/media_manager/1/User%20Manual-Pekebun.pdf.
2. Manual Pengguna – Penoreh : https://pekebunkecil.risda.gov.my/static_files/media_manager/1/User%20Manual-Penoreh.pdf.
3. Manual Pengguna – Ahli Isi Rumah : https://pekebunkecil.risda.gov.my/static_files/media_manager/1/User%20Manual-Ahli%20Isi%20Rumah.pdf. - Klik [Log Masuk].
Untuk pengguna yang sudah membuat pendaftaran.
- Isi Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Kata Laluan.
- Seterusnya, tekan butang [Log Masuk].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Dashboard.
- Sila klik pada butang [Mohon Bantuan BMT] di halaman papan pemuka (Dashboard).
- Sistem akan menyemak status pengemaskinian Profil Pengguna dan Profil Tanah
di Portal Pekebun Kecil RISDA.Jika anda masih lagi tidak melengkapkan maklumat yang diminta, anda akan menerima peringakatan ini “Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda”.
- Profil Pengguna dan Tanah lengkap diisi.
Skrin akan memaparkan halaman Maklumat Pemohon dan Pengguna perlu
melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan di halaman tersebut. - Lengkap butiran maklumat yang diperlukan di halaman tersebut.
1. Maklumat Pemohon.
2. Maklumat Tanah.
3. Akaun Penerima.
4. Dokumen Sokongan.
5. Pengesahan. - Klik butang [Seterusnya] untuk ke halaman berikutnya.
- Buat [Pengesahan] permohonan Bantuan BMT.
- Klik butang [Hantar].
- Terima notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar”.
- Selesai.
CARA MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA DI PEJABAT
Anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
(Peringatan) : Anda diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan semasa memohon di pejabat. Oleh itu, pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang dinyatakan di bawah untuk memudahkan proses permohonan bantuan BMT ini.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu di bawa sekiranya permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ini di buat di pejabat atau kaunter :
- Pekebun Kecil Pemilik Tanah.
- Kad pengenalan pemohon dan berserta salinan.
- Geran asal tanah dan juga salinan.
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
- Penoreh Bukan Pemilik Tanah.
- Salinan kad pengenalan penoreh serta pemilik tanah.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan kad PAT-G.
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
CARA SEMAKAN BMT ONLINE
Anda boleh check status bmt secara online untuk lihat status bayaran atau kelulusan di sini :
- Pergi ke portal rasmi Semakan BMT di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
- Tekan [Log Masuk].
- Isi Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Kata Laluan.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Pergi menu [Profil BMT].
- Paparan akan menunjukkan seperti di bawah.
- Maklumat Pemohon.
- Maklumat Tanah.
- Akaun Penerima.
- Dokumen Sokongan.
- Status.
- Sila lihat di bahagian [Status].
- Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
- Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
- Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit Bantuan Musim Tengkujuh mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di bawah. Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas bagi memudahkan urusan pelawat yang sedang mencari.
Talian Hotline : 03-42510171
E-mel : portalpk@risda.gov.my.