SEKOLAH KHUSUS PKSK 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Terkini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025.
Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Para calon, ibu bapa dan penjaga, pastikan anda ambil perhatian berkenaan dengan tarikh pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus 2023 yang telah dijadualkan .
Bagaimanakah permohonan sekolah khusus pksk 2023? Bilakah tarikh semakan? Ikuti keterangan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2022 TINGKATAN 1 & 4 ONLINE MARA GOV MY
APA ITU Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
SEKOLAH KHUSUS
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
FORMAT PKSK
Format PKSK terbahagi kepada 3 komponen :
- Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) –70%
- Bahagian C – Artikulasi Penulisan – 10%
PELAKSANAAN PKSK 2022
Untuk pelaksanaan PKSK ia akan diadakan sebanyak 3 sesi dan setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa :
Fasa 1
- Calon akan menjawab Bahagian C, penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Fasa 2
- Calon akan menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian selama 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
[NOTA] : Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan.
PERSEDIAAN UNTUK PKSK
Untuk makluman buat calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan perkara-perkara di bawah :
- Kad Pengenalan Diri
- Slip Pendaftaran Ujian
- Borang Deklarasi Kesihatan
- Alat tulis
[NOTA] : Sila lengkap berpakaian uniform sekolah, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan.
- Ibu bapa juga tidak dibenarkan turun dari kenderaan
- Tidak digalakkan berada dalam kawasan sekolah
TENTATIF HARIAN PKSK
Sesi 1
- Pendaftaran (Sesi 1) : 7.30 – 8.00 a.m
- Artikulasi Esei (Sesi 1) : 8.15 – 9.00 a.m
- PKSK (Sesi 1) : 9.15 – 10.45 a.m
2
- Pendaftaran (Sesi 2) : 9.30 – 10.00 a.m
- Artikulasi Esei (Sesi 2) : 10.15 – 11.00 a.m
- PKSK (Sesi 2) : 11.15 – 12.45 p.m
3
- Pendaftaran (Sesi 2) : 1.30 – 2.00 p.m
- Artikulasi Esei (Sesi 2) : 2.15 – 3.00 p.m
- PKSK (Sesi 2) : 3.15 – 4.45 p.m
FORMAT UJIAN PENILAIAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS 2022
Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
- Untuk kenalpasti karakter murid;
- Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
- 30 soalan objektif;
- Tiada jawapan betul / salah;
- Skor markah 70%
B: Kecerdasan Intelek
- Ukur tahap kognitif pelajar;
- Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;
- Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
- 10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;
- Tempoh ujian 90 minit;
- 70 soalan objektif;
- Betul 1 markah, Salah 0 markah;
- Skor markah 70%
C: Artikulasi Penulisan
- Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
- 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
- 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;
- Tempoh masa 45 minit;
- Skor markah 10%.
SYARAT PERMOHONAN PKSK
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun 2021
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
- Murid Tingkatan 3 2021
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007
CARA PERMOHONAN PKSK TAHUN 2022
- Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
Pemohon perlu memuatkan:
- Nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid
- Nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.
Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
- Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.
Pautan semakan adalah seperti berikut:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh mengubungi nombor-nombor berkaitan untuk info lanjut sekiranya mengalami sebarang masalah :
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03-8321 7400
- Maktab Tentera Diraja – 03-8946 5562
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional – 03 8884 5154
- Bahagian Pendidikan Islam – 03 8321 7200