SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2022 TINGKATAN 1 & 4 ONLINE MARA GOV MY

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2022 TINGKATAN 1 & 4 ONLINE MARA GOV MY

Calon-calon bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022 boleh membuat semakan tawaran bermula 9 Mac 2022, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut beliau, Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) mengekalkan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan diberikan kepada kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

BACA JUGA : BKM : CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (CHECK STATUS KELULUSAN) 2022

  • Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  • Calon hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh 7 hari menerusi pautan dalam portal.
  • Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

[NOTA] : Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.

CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2022

Bagi membuat semakan keputusan MRSM 2022 bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 adalah seperti berikut :

1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah :

2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.

3. Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

4. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.

5. Jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

RAYUAN KEMASUKAN MRSM 2022

Untuk anda yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada tarih berikut :

Dibuka : 9 Mac 2022

Ditutup :  16 Mac 2022

Bagi cara permohonan rayuan adalah seperti di bawah :

1. Sila login dan buat semakan keputusan di pautan

2. Jika terdapat butang rayuan anda layak untuk membuat rayuan online

3. Jika tiada butang rayuan, ini bermaksud :

  • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
  • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)

[NOTA] : Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my atau rujuk :

 

Leave a Comment