UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Untuk makluman anda, pihak kerajaan Malaysia menerusi pembentangan Bajet 2022 telah mengumumkan satu insentif bantuan yang menarik orang ramai iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah gantian atau pembaharuan serta penambah baikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, bantuan ini telah ditambah dari segi jumlah bayarannya kepada jumlah yang relevan untuk pada masa sekarang.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda tentang cara kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia 2022.

BACA JUGA : FAQ BKM : SOALAN LAZIM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

APA ITU BKM 2022?

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatnya BKM adalah bantuan tunai langsung yang ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan mengikut kategori. Bantuan Keluarga Malaysia kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU BKM 2022

Dibuka dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU BKM 2022

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:

Isi Rumah

  • Sudah berkahwin.
  • Ibu atau Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas, Bujang atau Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Individu Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CIRI-CIRI PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU BKM 2022

  • Ketua isi rumah (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
  • Individu bujang (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
  • Warga emas lelaki atau wanita (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
  • Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.

CIRI-CIRI PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMASKINI MAKLUMAT BKM 2022

  • Penerima BPR sebelum ini perlu membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
  • Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian.

UPDATE PERMOHONAN BKM : CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

  1. Klik pautan ini – https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.
  4. Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori.
  5. Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Jika anda kurang jelas dengan langkah di atas, sila rujuk panduan beserta gambar di bawah.

Leave a Comment