FAQ BKM : SOALAN LAZIM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 PERMOHONAN BARU KEMASKINI SEMAKAN STATUS FASA BAYARAN DAN RAYUAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

FAQ BKM : SOALAN LAZIM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 PERMOHONAN BARU KEMASKINI SEMAKAN STATUS FASA BAYARAN DAN RAYUAN.

Berdasarkan perbentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan Malaysia iaitu YB Tengku Datuk Seri Zafrul telah mengumumkan pelancaran skim bantuan kerajaan yang baharu yang diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia. Skim bantuan kerajaan yang baharu pada tahun 2022 ini dilaksanakan berdasarkan kajian soal selidik masalah ekonomi rakyat yang dihadapi sepanjang tempoh berlakunya pandemik covid19 beberapa tahun ini.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk tambah baik skim bantuan kerajaan bagi tahun 2022 dengan menyediakan bantuan tunai yang lebih bersasar dan diberikan mengikut kategori berdasarkan pendapatan dan juga tanggungan.

Berita baik juga mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, jumlah bantuan tunai yang akan diberikan kepada penerima lebih banyak lagi berbanding dengan bantuan yang diberikan sebelum ini. Hal ini kerana, pihak kerajaan begitu cakna dan prihatin terhadap nasib rakyat yang semakin susah berikutan krisis ekonomi yang telah melanda seluruh negara dan juga dunia.

Kepada pemohon dan bakal penerima di bawah ini terdapat beberapa penerangan serta soalan lazim (FAQ) berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia.

Baca juga : BKM : CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (CHECK STATUS KELULUSAN) 2022

APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (FAQ BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. BKM disalurkan mengikut kategori pendapatan, bilangan anak serta status perkahwinan dan nilai bantuan BKM juga dinaikkan berdasarkan kategori yang ditetapkan.

KELAYAKAN BKM 2022

Jika anda ingin menjadi pemohon yang layak menerima BKM anda mestilah memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN BKM 2022 BUJANG, ISI RUMAH DAN WARGA EMAS

PERKARAISI RUMAHWARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANBUJANG
Status PerkahwinanKahwinBujangBujang
Status PerkahwinanIbu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
PendapatanRM5,000 dan ke bawahRM5,000 dan ke bawahRM2,500 dan ke bawah
Kelayakan UmurTiada had umur60 tahun dan ke atas21-59 tahun
SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BKM 2022

BAGAIMANAKAH CARA NAK CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (FAQ BKM)?

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau lulus menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan membuat semakan status kelulusan di dalam portal rasmi BKM 2022. Sila Join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini untuk info lengkap : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.

Melalui semakan status BKM 2022 anda akan diberitahu sama ada permohonan anda diterima ataupun tiada rekod. Jika status permohonan BKM 2022 menunjukkan anda tiada dalam rekod sila buat permohonan baru BKM 2022 seperti di dalam panduan cara mohon BKM di bawah. Jika status semakan BKM anda diterima tapi anda ingin membuat penambahan maklumat atau perubahan maklumat sila buat kemaskini maklumat tersebut berdasarkan panduan yang disediakan di bawah.

CARA SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Cara Semak Status Kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

  1. Sila masuk ke Link Semak Status BKM 2022 Online di sini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Klik [Semak].
  4. Status Permohonan BKM 2022 akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak atau Tiada dalam rekod.

TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU FAQ BKM 2022

Tarikh kemaskini maklumat dan buat permohonan baru BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

ADAKAH PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Berdasarkan rujukan FAQ daripada LHDN Malaysia menyatakan bahawasanya, Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

BAGAIMANA NAK MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Permohonan BKM boleh dibuat secara online melalui portal rasmi dan link rasmi BKM. Anda juga boleh membuat permohonan baru di Cawangan Hasil LDHN Malaysia yang berdekatan dengan anda.

PORTAL ATAU LINK RASMI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Untuk makluman anda, portal rasmi dan link rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka 1 Januari 2022. Portal atau Link Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah https://bkm.hasil.gov.my/Default.aspx.

CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Berikut merupakan Panduan Lengkap Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Rujuk Panduan Lengkap Permohonan Baru BKM 2022 di sini : https://kerajaanonline.com/bkm-hasil-gov-my/.

JOIN CHANNEL TELEGRAM INFO BKM 2022 DI SINI : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.

ADAKAH PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Sebelum ini anda mungkin penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), jadi jika terdapat sebarang perubahan maklumat berkaitan maklumat akaun bank, maklumat penambahan bilangan anak, pendapatan dan lain-lain anda dinasihat untuk membuat kemaskini supaya anda menerima bantuan tunai mengikut jumlah kategori yang nyatakan.

CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Anda boleh dapatkan Panduan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di Channel Telegram di dalam artikel ini.

ADAKAH PERLU BUAT RAYUAN BKM JIKA PERMOHONAN TIDAK LULUS?

Jika permohonan BKM tidak lulus anda boleh membuat rayuan BKM jika pihak kerajaan memberi peluang untuk mereka yang tercicir untuk membuat rayuan. Tunggu sehingga portal rasmi dibuka dan pihak kami akan update jika pihak kerajaan membuka peluang untuk buat rayuan BKM 2022.

CARA BUAT RAYUAN BKM

MASIH BELUM DIBUKA. AKAN DIKEMASKINI APABILA DIUMUMKAN.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (FAQ BKM) 2022?

Bayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 mengikut Fasa.

FASA 1

MAC 2022.

FASA 2

JUN 2022.

FASA 3

SEPTEMBER 2022.

FASA 4

DISEMBER 2022.

FAQ BKM

Bagaimana cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022?

Tuan/Puan boleh membuat permohonan di portal rasmi BKM bermula pada 1 Januari 2022. Panduan Lengkap cara mohon boleh ke artikel ini.

Apakah Portal dan Link Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022?

BKM.HASIL.GOV.MY. Portal akan dibuka secara rasminya pada awal Januari 2022 untuk kemaskini dan permohonan baru.

Macam mana cara semak status BKM 2022?

Semakan status kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BKM 2022. Panduan lengkap cara check status kelulusan boleh ke artikel ini.

RUJUKAN FAQ BKM

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info panduan untuk memudahkan mereka yang memerlukan panduan bantuan seperti ini.

Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747.
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565.
e-Mel : bkm@treasury.gov.my.

3 thoughts on “FAQ BKM : SOALAN LAZIM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 PERMOHONAN BARU KEMASKINI SEMAKAN STATUS FASA BAYARAN DAN RAYUAN”

  1. Saya bergaji di bawah rm2500 dan kemaskini yang saya buat pada bulan january jg saya letak gj saya di bawah rm2500 berstatus berkahwin dan ada 2 orang anak tapi kenapa gaji saya di kategorikan rm2500 ke atas….tolong bagi penjelasan

    Reply

Leave a Comment