PAS My50 : CARA GUNA PAS My50 TANPA HAD RAPID KL LRT, MRT, MONOREL, BRT DAN BAS RAPID KL
Pada 29 Oktober 2021, Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa Belanjawan Malaysia 2022, mengumumkan bahawa RM115 juta telah diperuntukkan untuk pas perjalanan rel dan bas tanpa had sebanyak RM50 sebulan untuk pas My50 menggantikan Pas My30 2021.
Pas perjalanan tanpa had My50 menawarkan perjalanan tanpa had pada semua perkhidmatan yang dikendalikan oleh Prasarana di Lembah Klang selama 30 hari berturut-turut.
Bagi Pulau Pinang, My50 akan menjadi My50 Mutiara Pass dan sah untuk semua perkhidmatan bas Rapid Penang.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE
SYARAT KELAYAKAN PAS My50
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan pas perjalanan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.
PUSAT PEMBELIAN PAS My50
Orang ramai boleh membeli pas perjalanan ini di tempat-tempat berikut:
1. Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di :
- semua stesen LRT
- semua stesen MRT
- semua stesen Monorel
- semua stesen BRT
2. Hab bas terpilih Rapid KL di bawah :
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Pyramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
3. Kiosk Rapid Penang di bawah:
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
CARA MOHON PAS My50
Untuk memohon langganan Pas My50, ikuti langkah yang disediakan berikut:
- Sila bawa MyKad, MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL atau hab bas terpilih seperti dinyatakan di atas.
- Maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan di kaunter tersebut untuk memohon pas My50.
- Pembayaran kali pertama adalah minimum RM 60 (tambah nilai kad).
- Selepas penolakan RM0.50, baki RM9.50 akan disimpan dalam kad tersebut. Ianya tidak akan ditolak melainkan pengguna menggunakannya bagi transaksi selain di rangkaian Rapid KL seperti di tol, kedai dan sebagainya.
- Pastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam kad tersebut. Ianya tidak perlu ditambah setiap bulan jika tidak menggunakan nilai tersebut untuk pembayaran lain.
- Pas My50 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja pengguna menyentuh pas di pintu masuk rangkaian Rapid KL.
CARA PEMBAHARUAN LANGGANAN PAS My50
Setelah mendaftar dan mengaktifkan My50, tempoh sah My50 adalah 30 hari berturut-tutut (termasuk hujung minggu dan cuti am). Tarikh pengaktifan My50 bergantung kepada tarikh penggunaan kali pertama pas pengguna di pintu masuk rangkaian Rapid KL. bagi pembaharuan langganan, rujuk langkah berikut :
- Pengguna boleh membuat pengaktifan pas bagi pembaharuan pas secara automatik di Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL dan hab bas terpilih yang disenaraikan di atas.
- Setelah pas berjaya diaktifkan bagi pembaharuan secara automatik, pengguna boleh tambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana kedai atau premis yang menyediakan khidmat tambah nilai Touch ‘N Go bagi bulan-bulan seterusnya.
- Pengguna hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM55.00 setiap bulan (iaitu semasa pembaharuan langganan).
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Produk My50 akan diaktifkan hanya menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja.
Tidak. My50 hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja.
Tidak. My50 diaktifkan menggunakan kad MyKad atau MyTentera, oleh itu ia tidak boleh dipindah milik.
Bagi pelajar yang berumur di bawah 12 tahun, anda hendaklah melanggan Kad Konsesi Pelajar MyRapid menerusi perkhidmatan atas talian di laman web Myrapid. Pelajar boleh melanggan My50 di mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan dan hab bas terpilih Rapid KL setelah mendapat kad konsesi anda manakala bagi Rapid Penang, pelajar yang berumur di bawah 12 tahun boleh melanggan kad Pas Mutiara di mana-mana kiosk di Rapid Penang.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Soalan Lazim My50 RapidKL
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai My30, sila hubungi RapidKL di pautan atau talian berikut:
- Portal Rasmi RapidKL
- Emel: suggest@rapidkl.com.my
- Telefon: 03-7885 2585