BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF : CARA TEBUS BAGI MANGSA BANJIR
Antara inisiatif kerajaan dalam membantu beban pemilik kenderaan yang telah terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia dengan tujuan pembaikan dan servis kenderaaan yang terjejas akibat banjir.
Jadi, di sini kami akan berkongsi maklumat mengenai baucar diskaun automotif dan cara-cara mendapatkan baucar diskaun ini.
BACA JUGA : BKM FASA 1 : SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN 2022
APAKAH BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA?
Baucar ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Kerajaan dan syarikat automotif di mana syarikat tersebut akan menawarkan :
- Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan.
- Kos tunda kenderaan secara percuma.
- Kerajaan akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.
- Baucar boleh digunakan untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian (kereta, motosikal, trak pikap dan van bertingkap) yang rosak akibat banjir.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang terkesan akibat banjir.
- Hanya digunakan untuk tujuan pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian (kereta, motosikal, trak pikap dan van bertingkap) yang rosak akibat banjir.
BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF : CARA TEBUS BAGI MANGSA BANJIR
CARA-CARA UNTUK TEBUS BAUCAR DISKAUN
Untuk menebus baucar diskaun automotis, berikut adalah cara untuk membuat penebusan baucar ini :
- Pemilik kenderaan tidak perlu membuat permohonan.
- Kepada pemilik kenderaan yang terlibat banjir boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
- Pengurangan kos pembaikan dinikmati secara terus daripada kos keseluruhan atau penambahbaikan.
- Anda dinasihat supaya membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.
SENARAI SYARIKAT DAN BENGKEL YANG TERLIBAT
- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
- Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
- Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
- UMW Toyota Motor
- Honda Malaysia
- Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
- Volvo car Malaysia
- TC Euro Cars (Renault)
- Mercedes-Benz Malaysia
- BMW Malaysia
- Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
- Mazda, Peugeot dan KIA
- TC Subaru
- Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
- Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
- Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
- Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
- Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
- KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)
TARIKH TUNTUTAN BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA
Tarikh tuntutan inisiatif baucar ini bermula dari 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut, sila rujuk kenyataan oleh Menteri Kewangan di pautan berikut:
https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/