Touch ‘N Go eWallet merupakan dompet elektronik yang menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah. TNG Digital yang merupakan anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan Touch ‘N Go eWallet. Kewujudan eWallet ini telah menambah fungsi serta keistimewaan kad Touch ‘N Go sedia ada seperti semakan baki, bayaran bil utiliti, bil restoran, tiket wayang, tiket kapal terbang, menambah nilai prepaid serta membuat bayaran tol secara PayDirect serta RFiD yang masing – masingnya akan menolak baki dari eWallet. EWallet Touch ‘N Go juga seperti aplikasi – aplikasi lain seperti aplikasi setel, boost dan sebagainya. Anda hanya perlu memuat turun ke telefon bimbit anda menggunakan Google Store atau Apple Store tanpa sebarang caj. Oleh itu artikel ini akan menjelaskan kepada anda cara semak baki kredit touch n go di dalam ic.
BACA JUGA : GO+ TOUCH N GO : CARA DAFTAR AKAUN GO+ TNG PATUH SYARIAH 2021
MUAT TURUN APLIKASI TOUCH ‘N GO
Untuk permulaan, anda perlu memuat turun dan ‘install’ aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon pintar anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:
- Google Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet&hl=en&gl=US
- Apple App Store – https://apps.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702
- Huawei App Gallery – https://appgallery.huawei.com/search/Touch%20’n%20Go
CARA DAFTAR FUNGSI TOUCH ‘N GO PADA MYKAD(IC) ANDA
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan fungsi TnG pada MyKad anda:
- Keluarkan MyKad dan semak pada belakang MyKad. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka anda boleh gunakan MyKad anda sebagai TnG.
- Pergi reload di stesen-stesen minyak / kiosk Touch n Go.
- Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semakan baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet Touch n Go anda.
CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE
Sekiranya anda inginkan link mycard anda dengan TnG eWallet, berikut adalah caranya:
NOTA: Pastikan anda dapatkan siri nombor mycard anda terlebih dahulu dengan menambah nilai di mana-mana kaunter atau mesin top-up Touch n Go dan dapatkan resit tambah nilai tersebut. Pada resit tambah nilai tersebut ada maklumat nombor siri TnG mycard anda.
- Buka aplikasi TnG eWallet anda
- Pada paparan utama, klik pada TnG Card.
- Seterusnya klik pada Add New Card.
- Isikan maklumat yang diperlukan:
- No Siri 10 Digit: yang terdapat pada resit tambah nilai
- Pilihan nama kad: Masukkan pilihan nama yang anda inginkan, contoh: Kad Pengenalan/TnG 1/Tng2
- Selepas lengkap semuanya tekan Submit.
- Sila tunggu 15 minit selepas menambahkan Kad TnG anda sebelum menggunakannya. Klik pada Done.
- Paparan mycard anda akan terpapar pada eWallet TnG anda.
CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH N GO DI DALAM IC : SEMAK BAKI TNG KAD PENGENALAN ONLINE
- Dapatkan resit selepas reload Touch N Go. Kenalpasti ‘Mfg No’ pada resit tersebut seperti gambar di bawah.
2. Download apps Touch n Go dan pergi ke TNG Card.
3. Tekan Add New Card
4. Masukkan ‘Mfg No’ yang ada pada resit reload anda.
5. Selesai. Kini anda boleh membuat semakan baki dengan mudah secara online.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.touchngo.com.my/
Pertanyaan…… Boleh kah untuk isi minyak pitrol mengunakan kad touch n go.
boleh