portal rasmi bkc

PORTAL RASMI BKC : SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID19 2021

PORTAL RASMI BKC : SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID19 2021

Untuk makluman anda, BKC adalah Bantuan Khas Covid19 yang memberi bantuan tunai langsung kepada rakyat untuk meringankan bebanan serta mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat daripada pandemik Covid19 yang melanda negara ini.

Bantuan ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan untuk mengurangkan bebanan rakyat akibat daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara.

Baca juga : BANTUAN SABAH PRIHATIN 3.0 SEMAKAN STATUS KELULUSAN BSP RM300

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BKC 

Di bawah ini adalah syarat kelayakan memohon BKC.

  • Warganegara Malaysia
  • Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
  • Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID19

Jika anda masih lagi belum memohon dan ingin tahu caranya, sila baca penjelasan di bawah ini.

  • Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM.
  • Ini bermaksud, jika anda tidak berjaya dalam rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.
  • Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang).
  • Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40.

PORTAL RASMI BKC UNTUK MEMBUAT SEMAKAN KELULUSAN

Untuk membuat semakan kelulusan BKC, anda boleh menyemak menerusi Portal Rasmi BKC di bawah ini.

  1. Layari laman web rasmi Semakan BKC di pautan ini : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?.
  2. Pergi ke Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan Icon Carian.
  5. Paparan Semakan akan di paparkan di sini.
  6. Sama ada Lulus ataupun Tidak.
  7. Jika lulus anda akan mendapat bayaran pada tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga : MYBKC : CARA SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KHAS COVID19 2021

TARIKH BAYARAN BKC

Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut :

  • Untuk Fasa 1 : Yang Ada Akaun Bank dalam kategori Miskin Tegar / B40akan dibayar mulai 6 September 2021 dan untuk kategori M40 akan di bayar mulai 9 September 2021.
  • Untuk Fasa 1 : Yang Tiada Akaun Bank akan dibayar mulai 6 September 2021.
  • Untuk Fasa 2 : Bayaran akan dibuat pada November 2021.
  • Untuk Fasa 3 : Bayaran akan dibuat pada Disember 2021.

HOTLINE LHDN UNTUK PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 

  • Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747.

 

One Response

  1. ZULMI BIN ISMAIL November 28, 2021

Leave a Reply