Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan pas Keluarga Malaysia bagi
menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam. Pas yang dikeluarkan oleh Prasarana
Malaysia Berhad (Prasarana) itu membolehkan empat individu dalam satu kumpulan menikmati
perjalanan satu hari tanpa had dengan harga cuma RM15.
Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pas Keluarga Malaysia dan panduan
mendapatkan pas tersebut.
BACA JUGA : CARA ISI EGRADUAN DAN PENDAFTARAN SERTA SEMAKAN PENEMPATAN GURU DG41
PAS KELUARGA MALAYSIA
Pas Keluarga Malaysia adalah tawaran pas perjalanan oleh Prasarana yang membolehkan empat
individu dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari TANPA HAD pada Sabtu, Ahad dan cuti
umum dengan kadar harga yang rendah iaitu:
- Harga Pas Keluarga Malaysia: RM15 (untuk 4 individu)
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah boleh buat perjalanan secara PERCUMA.
Dengan harga RM15, 4 orang dalam kumpulan ini boleh membuat perjalanan tanpa had dengan
menggunakan perkhidmatan di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari, iaitu:
- LRT
- MRT
- Monorel
- Bas Rapid Transit (BRT)
MATLAMAT PAS KELUARGA MALAYSIA
Inisiatif pengenalan pas ini adalah bertujuan untuk:
- Menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti
dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat
menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor - Menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
TARIKH TAWARAN PAS KELUARGA MALAYSIA
Untuk makluman anda, Pas Keluarga Malaysia itu akan mula dijual pada:
- 1 Disember 2021
CARA DAPATKAN PAS KELUARGA MALAYSIA
Pas ini boleh didapatkan dengan membuat pembelian pada tarikh yang ditetapkan
daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di lokasi berikut:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen MRT
- Semua stesen BRT
Pastikan anda bawa bersama kad pengenalan di mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas untuk
membuat pembelian PKM.
PAKEJ TRANSIT UNTUK PKS
Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa Prasarana, menerusi anak syarikatnya Prasarana
Integrated Development Sdn Bhd (PIDE) akan menawarkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) mulai bulan Mac 2022.
Menerusi pakej ini:
- Sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di beberapa laluan
akan ditawarkan kepada pengusaha IKS secara cabutan lot - Mereka yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk
pengecualian sewa selama tiga bulan.
SOALAN LAZIM
Keluarga Malaysia Pass is a group travel pass that offers one-day unlimited rides for Malaysians on RAPID KL LRT, MRT, MONORAIL, and BRT networks.
Keluarga Malaysia Pass is based on day-cycle count and can be purchased on weekends (Saturday/Sunday) and public holidays only.
Per pass is priced at RM15.00.
Keluarga Malaysia Pass caters to a maximum of four (4) pax per pass. Children aged 6 years and below ride for free.
You can purchase the pass from the Rapid KL Customer Service Offices located at:
-semua stesen LRT
-semua stesen Monorel
-semua stesen MRT
-semua stesen BRT
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca Soalan Lazim di laman Rapid KL atau hubungi Rapid KL
melalui laman facebook atau emel ke alamat suggest@rapidkl.com.my.