BKC HASIL GOV MY LINK SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID19 2021
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Baca juga : Portal Rasmi BKC
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti di bawah ini.
- Miskin tegar
- B40
- M40
Makluman kepada anda, Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut :
- Miskin tegar : Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih.
- B40 : Permohonan BPR 2021.
- M40 : Percukaian (LHDNM).
BKC HASIL GOV MY LINK SEMAKAN STATUS
Panduan lengkap dan link rasmi untuk semakan status permohonan Bantuan Khas Covid19 (BKC).
- Sila layari link rasmi semakan status BKC di pautan ini : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Di paparan utama, anda pergi ke Semakan Status.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan Icon Carian.
- Paparan Status Kelulusan akan dipaparkan di sini.
- Status sama ada Lulus atau Tidak Berjaya.
- Jika status anda lulus, sila tunggu bayaran akan dikreditkan masuk ke akaun anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Selesai.
Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my). Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021.
Penerima BKC adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih dan Percukaian (LHDNM). Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKC.
Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.
BKC M40
Ingin saya memohon rayuan my BPR dan status kelulusan rakyat Malaysia untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan atau jkm
Anda boleh hubungi pihak berwajib di sini : Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747 atau Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566 atau anda boleh hubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM di sini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/TALIAN%20BANTUAN%20KHAS%20KERAJAAN%20CAWANGAN%20LHDNM.pdf