LOAN BSN : LOAN RM10K TANPA BUNGA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

LOAN BSN : LOAN RM10K TANPA BUNGA

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mangsa banjir.

“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MyRinggit-i Banjir, sila ikuti artikel yang kami sediakan ini.

BACA JUGA : BUJANG BKM MALAYSIA 2022 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN

LOAN BSN : LOAN RM10K TANPA BUNGA

loan bsn

APA ITU MyRinggit-i Banjir ?

Pihak BSN bersimpati dengan rakyat Malaysia di atas situasi banjir dan berharap program ini dapat meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, pihak BSN menawarkan Program Bantuan Banjir dengan menyediakan bantuan pembiayaan dan pembayaran balik pinjaman kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda banyak negeri di negara ini.

Bank Simpanan Nasional akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 kepada mangsa banjir.

loan bsn

TARIKH MULA PERMOHONAN PINJAMAN MyRinggit-i Banjir

  • 27 Disember 2021

CARA MOHON PINJAMAN MyRinggit-i Banjir

Untuk memohon, sila e-mel ke bantuanbanjir@bsn.com.my dengan butiran berikut:

  1. Nama.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Nombor telefon.
  4. Jenis Pembiayaan (cth. Rumah, Sewa Beli, Peribadi, Kad Kredit, Mikro).
  5. Nombor Pendaftaran Kenderaan (untuk Sewa Beli).
  6. Nombor Rujukan Pembiayaan (jika ada).
  7. Alamat rumah/ Tempat kerja/ premis perniagaan.

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui SMS. Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.

NOTA : Pihak bank berhak untuk meminta dokumen (seperti bil utiliti/laporan polis dll.) jika diperlukan.

Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web BSN, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

Selain kemudahan MyRinggit-i Banjir, Pihak BSN juga mempunyai program bantuan banjir yang menawarkan bantuan dalam bentuk moratorium atau pengurangan bayaran balik ansuran (sehingga enam bulan). Ini disediakan untuk pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, serta pinjaman peribadi.

MAKLUMAT LANJUT 

Layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

Leave a Comment