PENEMPATAN DARJAH 1 : SEMAKAN PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PENEMPATAN DARJAH 1 : SEMAKAN PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023

Makluman kepada ibu bapa atau penjaga murid Darjah 1 sesi 2022/2023, pihak Bahagian Pengurusan Murid ( BPM) KPM telah membuka semula modul Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2022 untuk para ibu bapa atau penjaga membuat semakan penempatan anak mereka dan download cetakan penempatan murid ke sekolah yang terpilih.

Baca juga : Semakan Bantuan BKM

TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN DARJAH 1 2022

Bermula pada 3 Januari 2022 sehingga 20 Februari 2022.

Bagaimana nak buat Semakan atau Check Status Penempatan Tahun 1 2022? Macam mana Semakan Permohonan online murid Darjah 1 sesi 2023 Sekolah KPM?

SEMAKAN PENEMPATAN DARJAH 1 2022

CARA SEMAKAN STATUS PENEMPATAN DARJAH 1 ATAU CHECK PERMOHONAN ONLINE TAHUN 1 SEKOLAH KPM SESI 2022/2023.

  1. Klik Link Rasmi Semakan Penempatan Darjah/Tahun 1 di sini : https://public.moe.gov.my/.

  2. Anda akan dibawa ke Portal Modul Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

  3. Pergi ke Paparan Daftar Masuk.

  4. Masukkan Kad Pengenalan Ibu/bapa/penjaga.

  5. Masukkan Kata Laluan/Password.

    Jika lupa Kata Laluan/Password boleh ikuti panduan di bawah.

  6. Klik [Daftar Masuk].

  7. Anda telah berjaya Log Masuk ke Laman Utama Portal SPS.

  8. Kemudian, untuk Semakan/Check Penempatan Murid Tahun 1 sila ke Senarai Perkhidmatan dalam Talian KPM.

  9. Klik [Tahun 1] Pendaftaran, Semakan Pendaftaran, Rayuan dan Semakan Rayuan.

  10. Seterusnya, klik [Semak Permohonan] Rekod Permohonan.

  11. Paparan akan menunjukkan No MyKid, Nama, Tarikh Kemaskini, Status dan Bilangan Kemaskini.

  12. Pastikan anda lihat di Status, samada TELAH MEMBUAT PENGESAHAN SEKOLAH atau sebaliknya.

  13. Klik Butang [SEMAKAN] sebelah kanan anda.

  14. Anda akan dipaparkan Maklumat Sekolah yang dipohon dan Sekolah Ditempatkan.

  15. Sila [Cetak/Print] Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan.

  16. Pastikan anda [Hantar Surat] tersebut kepada Pegawai di Sekolah yang ditempatkan (jika setuju).

  17. Selesai.

Sila Join Channel Telegram Info Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan Info Awal Bantuan Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia.

LUPA KATA LALUAN ATAU PASSWORD LOG MASUK SPS TAHUN 1

CARA DAPATKAN BALIK KATA LALUAN ATAU PASSWORD SPS DARJAH 1

  1. Klik Link Rasmi Lupa Kata Laluan/Password SPS Tahun 1 di sini : https://public.moe.gov.my/?kpm=spatkpm_lupakatalaluan.
  2. Anda akan dibawa ke Set Semula Kata laluan Melalui e-mel.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No. Kad Pengenalan.
  4. Sila masukkan Aksara yang diberikan di Pengesahan Kod.
  5. Klik [Mohon Kata Laluan].
  6. Kata Laluan Sementara akan dihantar ke Emel anda.
  7. Semak Emel anda dan Log Masuk menggunakan Kata Laluan Sementara.
  8. Set Semula Kata Laluan Baru apabila anda berjaya Login Masuk Permohonan Tahun 1.
  9. Selesai.

NOMBOR BANTUAN PERMOHONAN DAN SEMAKAN TAHUN 1

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini :

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.

Leave a Comment