MOE TAHUN 1 : PENDAFTARAN ATAU PERMOHONAN KEMASUKAN DARJAH 1 DAN SEMAKAN SESI 2023/2024
Makluman kepada ibu bapa dan juga penjaga, Pendaftaran kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan bermula pada 1 Mac 2022.
Kepada ibu bapa dan penjaga yang ingin membuat Permohonan anak bersekolah Darjah 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Bagaimana buat Pendaftaran dan Permohonan Kemasukan Tahun 1?Adakah https://public.moe.gov.my/ link check atau semakan penempatan Darjah 1? Macam mana buat Pendaftaran Tahun 1 sesi 2023 dan 2024?
Baca juga : Semakan Permohonan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 di bawah.
PENEMPATAN DARJAH 1 : SEMAKAN PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023
PENDAFTARAN TAHUN 1 MOE GOV MY
PENDAFTARAN TAHUN 1 MOE GOV MY ATAU PERMOHONAN KEMASUKAN DARJAH 1 KPM 2023/2024.
- Klik Link Rasmi Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024 di sini : https://public.moe.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke Laman Utama Modul Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pergi ke Daftar Masuk.
- Klik [PENGGUNA BARU] jika anda Pertama Kali membuat Permohonan Darjah 1 untuk anak anda ataupun tidak pernah buat pendaftaran Tahun 1 menerusi online.
- Anda akan dibawa ke DAFTAR PENGGUNA BARU.
- Sila isi selengkapnya di bahagian Maklumat Diri.
- Masukkan Nama Penuh Ibu bapa atau Penjaga.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Masukkan Emel anda.
- Kemudian, sila isi butiran di bahagian Maklumat Akaun.
- Cipta atau Reka Kata Laluan/Password anda untuk tujuan Log Masuk ke Permohonan Tahun 1.
- Isi sekali lagi Kata Laluan/Password yang anda cipta di atas di Sahkan Kata Laluan.
- Sila pilih Soalan Keselamatan anda dan Jawab Soalan tersebut. Pastikan anda Catat atau Rekod Jawapan yang anda berikan.
- Masukkan Pengesahan Kod Aksara.
- Klik [Daftar].
- Paparan skrin anda akan menerima Notifikasi “Daftar Pengguna Baru Berjaya Daftar”. Klik [Ok].
- Kemudian, sila pergi ke Link Rasmi di Langkah 1 di atas.
- Pergi ke Daftar Masuk, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan/Password seterusnya klik pada butang [DAFTAR MASUK].
Jika terlupa Kata Laluan, klik pada butang [LUPA KATA LALUAN] untuk mendapatkan semula Password anda. Rujuk panduan di bawah untuk lebih lanjut jika anda terlupa Kata Laluan.
- Setelah berjaya Daftar Masuk, Kemudian, Pendaftaran atau Permohonan Murid Tahun 1 sila ke Senarai Perkhidmatan dalam Talian KPM.
- Klik pada [Tahun 1] Pendaftaran, Semakan Pendaftaran, Rayuan dan Semakan Rayuan.
- Seterusnya, untuk Pendaftaran Baru Tahun 1 sila Klik [Permohonan Baharu] Tidak pernah berdaftar.
- Masukkan Nombor MyKid anak anda sebagai ID Pengenalan Murid untuk mendaftar.
- Sila isi semua Butiran dengan lengkapnya.
Lengkapkan maklumat berikut:
1) Maklumat Murid.
2) Maklumat Kesihatan.
3) Maklumat Penjaga. - Setelah selesai, klik [Simpan] dan [Seterusnya].
- Untuk Kemaskini sebelum membuat perakuan, pergi ke [Semak Permohonan].
- Setelah selesai membuat Kemaskini Butiran berkaitan, pergi ke Menu Perakuan.
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan.
- Klik [PERAKU BENAR DAN HANTAR].
- Paparan skrin anda akan menunjukkan “BORANG PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA DIHANTAR”.
- Untuk semakan permohonan setelah membuat perakuan, pergi ke menu Semak Permohonan di Laman Utama.
- Klik [Semakan Permohonan] Rekod Permohonan.
- Kemudian, klik butang [SEMAKAN] di sebelah kanan anda.
- Sila Cetak/Print Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan dengan menekan link yang disediakan untuk dihantar ke Sekolah Pilihan dalam waktu yang telah ditetapkan.
- Selesai.