NO PIN UPU ONLINE 2022 : CARA ATAU TARIKH PEMBELIAN DI BSN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

NO PIN UPU ONLINE 2022 : CARA ATAU TARIKH PEMBELIAN DI BSN

Menerusi makluman Kementerian Pengajian Tinggi, tiada bayaran proses Unik ID dikenakan untuk permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA. Pemohonan boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu. Pengecualian bayaran ini membabitkan empat kategori permohonan iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); matrikulasi dan Diploma atau setaraf. Ia membabitkan tempoh permohonan bermula 4 Januari hingga 31 Mac.

BACA JUGA : UPU ONLINE 2022/2023 : PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN

TARIKH BELI NO PIN UPU 2022

Bermula : 2 Febuari 2022

Berakhir : 30 Mac 2022

JENIS PEMBELIAN NO PIN DI BSN

No. Pin Unik ID turut digunakan melibatkan urusan permohonan seperti di bawah:

  • Program Matrikulasi
  • Melanjutkan pelajaran ke UITM
  • Melanjutkan pelajaran ke PPUM
  • Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
  • Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan lain-lain)
  • Permohonan Pinjaman PTPTN

Pembelian No Pin online untuk UPU  (BSN) adalah dikecualikan bagi pemohon kali pertama bagi Sesi 2022/2023 berikutan bencana Covid-19 pada tahun-tahun sebelum ini. Kementerian Pengajian Tinggi akan menanggung proses pembayaran sistem UPU bagi tahun ini. Maka, permohonan UPUOnline terus adalah secara PERCUMA.

Untuk anda yang ingin membeli no pin sila ikuti perkongsian di bawah:

  1. Pembelian mulai Februari sehingga Mac.
  2. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.
  3. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM), Perbankan SMS/Internet dan Ejen Bank Berdaftar (EBB).
  4. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.
  5. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja (tidak dikenakan SST).
  6.  Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian di kaunter BSN.
  7. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.
  8. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
  9. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

CARA PEMBELIAN NO PIN UPU 2022

Sila rujuk perkongsian di bawah mengenai cara-cara dalam membuat pembelian No. Pin Unik ID BSN di seluruh Malaysia.

1. KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

  1. Pemohon boleh datang ke mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia.
  2. Pemohon perlu membawa Kad Pengenalan Diri/MyKad dan salinannya.
  3. Membuat pembayaran  sebanyak RM15.60 (tidak termasuk SST).
  4. Pihak BSN akan mencetak resit bersama No. Pin Unik ID kepada anda.

2. AUTOMATED TELLER MACHINE (ATM) BSN

  • Pemohon atau ibu bapa pemohon perlu memiliki akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN.
  • Selain itu, pemohon turut mempunyai pilihan untuk meminjam atau menggunakan kad BSN daripada saudara-mara jika pemohon tidak memiliki kad BSN sendiri.
  • Langkah pembelian melalui ATM BSN adalah seperti berikut:
  1. Masukkan kad ATM dan nombor pin
  2. Pilih urusan “BELI PIN”
  3.  Pilih jenis permohonan “IPTA”
  4. Pilih jenis program contohnya “SPM” atau “STPM” atau lain-lain.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri/MyKad pemohon. Tekan “YA” untuk meneruskan urusan.
  6. Semak maklumat pembelian  no pin bsn online. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan.
  7. Tunggu sehingga resit selesai dicetak. Simpan resit untuk rujukan pada masa depan

3. PERBANKAN SMS

  • Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Anda boleh mendaftar di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau ATM (Automated Teller Machine).
  • Juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN.
  • Berikut adalah langkah atau cara untuk mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM.
  1. Masukkan Kad BSN dan pilih bahasa.
  2. Masukkan nombor pin dan pilih “URUSAN LAIN”.
  3.  Pilih “PERBANKAN SMS” dan pilih “PENDAFTARAN”.
  4. Masukkan nombor telefon bimbit terkini.
  5. Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS “Pendaftaran Berjaya” akan diterima melalui nombor telefon yang telah didaftarkan tadi.
  7. Kemudian, barulah pemohon boleh membeli No. Pin Unik ID melalui SMS menggunakan cara berikut:

4. PERBANKAN INTERNET – MyBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun MyBSN.
  2. Klik “PIN PURCHASE”
  3.  Pilih “Organization UPU”
  4. Pilih Program “LEPASAN SPM” atau “LEPASAN STPM/SETARAF”.
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
  6. Buat pembayaran.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline boleh hubungi nombor yang tertera: Atau anda boleh terus ke laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

Leave a Comment