TEMUJANJI TABUNG HAJI : BORANG TEMUJANJI DAN SEMAKAN STATUS
Untuk pengetahuan anda, bermula pada 25 Mei 2021, pelanggan Tabung Haji yang ingin membuat urusan menggunakan perkhidmatan kaunter Tabung Haji perlu membuat temujanji. Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih.
Untuk makluman kepada pelanggan TH, anda perlu mengetahui cara membuat temujanji TH & BORANG ONLINE di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.
Perhatian jika anda mempunyai anak yang berumur atas 18 tahun dan masih lagi belum tukar ke akaun dewasa Tabung Haji sila tukar dengan kadar segera supaya akaun anak anda tidak dibekukan.
SENARAI PERKHIDMATAN TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan appointment online tabung haji :
- Pindahan Telegrafik
- Pembatalan Haji
- Pindahan Simpanan
- Kemaskini Profil Peribadi
- Pusaka Hibah/Amanah
- Simpanan
- Pengeluaran
- Virtual Account Opening (VAO)
Jika anda ingin buka akaun TH melalui online boleh ikuti panduan di sini : Buka Akaun Tabung Haji Online.
TEMUJANJI TABUNG HAJI
Temujanji Tabung Haji boleh dibuat melalui 2 cara sama ada borang manual ataupun dengan online. Anda bebas memilih salah satu cara tersebut. Dengan adanya temujanji ini boleh memudahkan pelanggan untuk membuat urusan tanpa perlu bersesak-sesak di pejabat TH dan mengelakkan daripada berlakunya penyebaran Covid19.
CARA BUAT TEMUJANJI TABUNG HAJI
Di bawah ini adalah panduan untuk anda untuk membuat temujanji secara online dan manual.
MANUAL
- Semasa hadir untuk urusan janji temu, sila pastikan tuan/puan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.
- Tuan/puan perlu mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod Quick Response (QR) menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.
ONLINE
Berikut adalah cara buat temujanji TH secara online.
- Terlebih dahulu pastikan anda buat semakan senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di pautan ini : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/operasi-pejabat-cawangan-th.
- Selepas itu, masuk ke pautan rasmi borang online temujanji TH : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji.
- Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
- Pilih tarikh dan waktu yang anda mahukan mengikut masa beroperasi.
- Tekan Hantar.
- Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya di daftarkan.
BORANG URUSNIAGA/TRANSAKSI TABUNG HAJI ONLINE
Sebelum hadir untuk berurusan di TH, pelanggan perlu muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter.
MUAT TURUN/DOWNLOAD BORANG
BORANG SIMPANAN
- JP001_Slip Simpanan Wang
- JP002_Slip Pengeluaran Wang
- JP003_Borang Maklumat Ahli
- JP004_Borang Permohonan Pindahan Simpanan
- JP005_Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka
- JP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran Pusaka
- JP008_Borang Pertukaran Hak Penjagaan
- JP010_Borang Caruman Bulanan Majikan
- JP011_Borang Permohonan Penutupan Akaun
- JP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan
- JP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini
- JP036_Borang Permohonan Pengesahan Baki
- Borang Penamaan
CONTOH HIBAH BORANG AMANAH TH
- Borang Permohonan Hibah (JP031)
- Borang Kemaskini Hibah (JP032)
- Borang Pindaan Hibah (JP033)
- Borang Pembatalan Hibah (JP034)
- Borang Tuntutan Hibah (JP035)
BORANG KELAB TaHa atau TaHa@U
URUSAN HAJI
- MAKLUMAT LANJUT– RAYUAN HAJI
- Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah – MAKLUMAT LANJUT
Sumber rujukan lengkap boleh lihat dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.