BANTUAN E WALLET 300 2023 : CARA MOHON & SEMAK
Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak melalui inisiatif Bantuan E Wallet sebanyak RM300. Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah cara mohon dan semak bantuan e wallet 300? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE
APA ITU BANTUAN E WALLET 300
BINGKAS telah memperkenalkan bantuan e-Wallet kepada rakyat Selangor yang dikreditkan sebanyak RM300. Urusniaga pembelian menggunakan bantuan ini adalah secara cashless (tanpa tunai) untuk barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya yang terpilih sahaja. Ia akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik dan baki pembelian pada bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI KEPERLUAN ASAS E WALLET 300
Berikut merupakan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan E wallet RM300, seperti di bawah :
BIL. | PERKARA |
1. | Beras, mi dan bihun. |
2. | Roti dan biskut. |
3. | Telur. |
4. | Gula dan garam. |
5. | Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya. |
6. | Tepung. |
7. | Minyak masak. |
8. | Sayur-sayuran dan buah-buahan. |
9. | Daging lembu, ayam, kambing dan ikan. |
10. | Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci. |
11. | Lampin pakai buang. |
12. | Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar). |
13. | Barangan persekolahan (alat tulis dan lain-lain). |
14. | Perihal pendidikan (yuran dan sebagainya). |
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
- keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan kebawah.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
PERHATIAN : Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.
BANTUAN E WALLET 300
CARA PERMOHONAN BANTUAN E WALLET 300 ONLINE 2023.
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Kemudian, klik pada bahagian [DAFTAR PERMOHONAN] di bawah.
- Klik [Daftar Sekarang] atau sekiranya anda telah mempunyai akaun BINGKAS sila masukkan Nombor telefon dan Kata Laluan di ruangan yang di sediakan.
- Seterusnya, masukkan Nombor Telefon dan klik butang [TERUSKAN].
- Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan Nombor OTP yang anda terima dan tekan [Sahkan OTP].
- Anda telah berjaya Log Masuk, seterusnya klik butang [X].
- Sila isi semua maklumat yang bertanda [*] diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Kemudian, klik [TERUSKAN].
- Tandakan pada maklumat yang berkenaan dan klik [TERUSKAN].
- Seterusnya [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan [TERUSKAN].
- Kemudian, tandakan pada kotak [PERSETUJUAN] dan [HANTAR].
- Permohonan anda telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Untuk mengemukakan permohonan, anda perlu bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan perkara di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- BINGKAS : 1800-22-6600
- Emel : info@selcare.my.
- https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.