PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE 2023

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE 2023

Pelbagai perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu kumpulan sasar yang memerlukan bagi meringankan bebanan sara hidup, terutama yang ditimpa kesusahan.

Bagaimanakah permohonan bantuan jkm online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL : SEMAKAN & PERMOHONAN

SENARAI BANTUAN JKM

Berikut merupakan senarai bantuan dan jumlah bayaran bantuan oleh JKM :

BIL.JENIS BANTUANJUMLAH BAYARANCARA BAYARAN
1Bantuan Kanak-kanak (BKK)RM100-RM450
(Mengikut bilangan anak)
Setiap bulan
2Bantuan Elaun Pekerja CacatRM400Setiap bulan
3Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)RM250Setiap bulan
4Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)RM350Setiap bulan
5Bantuan Orang Tua (BOT)RM350Setiap bulan
6Bantuan AM PersekutuanRM100(seorang)
RM350(sekeluarga)
Setiap bulan
7Bantuan Anak Pelihara (BAP)RM250-RM500 (mengikut bilangan anak)Setiap bulan
8Bantuan Latihan Perantis (BLP)RM200Setiap bulan
9Bantuan Geran Pelancaran (GP)RM2,700Sekali gus
10Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)Bayaran mengikut harga alat yang ditetapkan.Sekali gus
11Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas-Bayaran ditentukan berdasarkan % kecederaan.
-RM20,000 bagi individu yang mati/hilang upaya kekal.
Sekali gus

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan adalah berbeza mengikut jenis bantuan, untuk mengetahui syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JKM setiap jenis bantuan, anda boleh rujuk di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.

PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE

CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE 2023.

  1. Sila layari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

  2. Kemudian, klik pada [Daftar Permohonan Atas Talian].

  3. Klik pada [Daftar Permohonan].

  4. Isikan semua maklumat dengan tepat dan tekan [Daftar].

  5. Seterusnya, masukkan Maklumat Pendapatan dan Maklumat Keperluan Bulanan.

  6. Lihat keputusan anda sekiranya anda memenuhi syarat saringan awal.

  7. Sila muat turun [Borang JKM18] dan klik butang [Daftar Permohonan].

  8. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

  9. Tekan [Seterusnya].

  10. Kemudian, baca dengan teliti senarai dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke JKM.

  11. Klik [Choose File] untuk muat turun salinan dokumen yang diperlukan.

  12. Tandakan pada kotak perakuan [X] dan [Daftar].

  13. Selesai.

PERHATIAN : Anda dikehendaki hadir ke Pejabat JKM berdekatan mengikut Daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan bagi ahli keluarga yang tinggal bersama anda, sama ada suami, isteri, ibu, bapa atau anak.
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama anda;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Dokumen lain yang berkaitan.

CARA SEMAKAN BANTUAN JKM

Ikuti panduan cara semakan bantuan JKM seperti di bawah :

  1. Layari pautan Semakan Status di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.
  4. Klik [Semak].
  5. Paparan Status Permohonan anda akan dipaparkan di sini sama ada permohonan bantuan anda diterima atau sedang diterima.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau masalah, sila hubungi pihak berwajib di bawah. Pihak kami hanya berkongsi informasi dan maklumat di atas untuk memudahkan anda.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon : 03 – 8000 8000.

Leave a Comment