BANTUAN TUNAI HASIL 2024 : SEMAKAN & PERMOHONAN
Mulai 2024, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa dan sebahagian daripada hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan tunai hasil 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP : SEMAKAN & PERMOHONAN
APA ITU BANTUAN TUNAI HASIL
Bantuan Tunai Hasil atau nama yang diperkenal oleh kerajaan ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari golongan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menyalurkan wang tunai secara berperingkat dan berfasa.
JUMLAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan secara berfasa dan mengikut jumlah yang ditetapkan kepada semua kategori seperti berikut :
BILANGAN PENERIMA | KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
3.1 Juta | Isi Rumah (Berpendapatan RM2,500 ke bawah) | RM1,300 hingga RM2,800 (mengikut bilangan anak) |
1.0 Juta | Isi Rumah (Berpendapatan RM2,501-RM5,000) | RM800 hingga RM1,550 (mengikut bilangan anak) |
1.3 Juta | Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun ke atas) | RM600 |
3.3 Juta | Bujang berumur 21-59 tahun (Berpendapatan RM2,500 ke bawah) | RM500 |
*Untuk info lebih terperinci, anda boleh rujuk di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
TARIKH PERMOHONAN BARU
Permohonan baru bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan dibuka bermula bulan November 2023 (tarikh akan diumumkan secara rasmi) dan permohonan ini akan dibuka sepanjang tahun.
BANTUAN TUNAI HASIL
CARA SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2024 ONLINE.
- Sila layari laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi sebelah kiri skrin (MySTR login) dan masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No Mykad].
- Klik [Log Masuk].
- Paparan skrin akan menunjukkan laman Semak Status.
- Klik butang [Semak] di bawah.
- Paparan skrin akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Tekan butang [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan [Kata Laluan].
- Kemudian, tekan [Log Masuk].
- Jika berjaya login mySTR, anda akan dipaparkan beberapa menu yang seperti :
[Semakan]
[Kemaskini]
[Tukar Kata Laluan]
[Maklum Balas]. - klik pada menu [Semakan] untuk check status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah.
- Maklumat status bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN BARU
Selepas tarikh rasmi diumumkan, anda boleh mula membuat permohonan. Terdapat dua (2) cara untuk mengemukakan permohonan baru STR 2024, iaitu seperti berikut :
- Permohonan Online (Atas talian).
- Melalui laman Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Melalui Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di play store / apps store dalam telefon bimbit.
- Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan betul.
- Setelah selesai, klik [Hantar] permohonan.
- Permohonan di kaunter LHDNM.
- Dapatkan borang permohonan di kaunter LHDNM berdekatan daerah anda; atau muat turun borang di bawah :
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Selepas selesai mengisi borang tersebut, hantar ke kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN berdekatan anda; atau
- Penghantaran secara pos (Terhad kepada borang permohonan yang diterima sahaja).
Nota : Penghantaran secara Faks dan E-mel adalah TIDAK DITERIMA.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila ajukan kepada pihak berwajib di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.
- E-mel : str@treasury.gov.my.