BANTUAN 100 DALAM IC 2023 : CARA SEMAKAN ATAU PERMOHONAN
Terkini, pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan berita gembira kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana akan diberikan bantuan tambahan dalam bentuk bakul makanan.
Penerima bantuan tambahan STR ini mestilah dalam kategori miskin tegar berdasarkan data daripada e-Kasih. Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan atau permohonan bantuan 100 dalam ic 2023? Info lanjut boleh didapati di sini.
APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan untuk membantu golongan miskin tegar. Untuk makluman, kategori golongan miskin tegar ini dirujuk berdasakan pengkalan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
APA ITU E-KASIH
eKasih ialah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
CARA SEMAKAN KATEGORI MISKIN TEGAR MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, kategori miskin tegar di Malaysia diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti jadual dari Portal Pembasmian Kemiskinan berikut:
CARA SEMAKAN BANTUAN 100 DALAM IC
CARA SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN 100 DALAM IC 2023.
- Pergi ke pautan rasmi Semakan Bantuan SARA di sini : SEMAKAN BANTUAN SARA.
- Sila ke bahagian Semak Status.
- Masukkan No Mykad anda.
- Isi Captcha berdasarkan imej.
- Klik pada butang Semak Status.
- Maklumat status kelulusan Bantuan 100 dalam ic akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN 100 DALAM IC
Adakah anda perlu memohon SARA?
Berdasarkan kenyatan di soalan lazim di Portal MyKasih, anda tidak perlu buat permohonan. Kelayakan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.
Sebelum ini, permohonan bantuan kepada kategori miskin tegar boleh dilakukan di sini : MY KASIH REGISTER.
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bayaran bantuan SARA 2023 adalah RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar STR.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN 100 DALAM IC
Kaedah pembayaran SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan).
- Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
- Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2023.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2023
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
BULAN | JUMLAH |
Julai | RM100 |
Ogos | RM100 |
September | RM100 |
Oktober | RM100 |
November | RM100 |
Disember | RM100 |
Rujukan penuh berkaitan dengan bantuan 100 dalam ic 2023 ini boleh dilihat di sini : Soalan Lazim Bantuan SARA.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai soalan atau pertanyaan yang ingin diajukan, anda boleh hubungi pihak yang terlibat di bawah ini.
Talian Holine Bantuan Sumbangan Asas Rahmah:
LHDNM: 1-800-88-2747
MOF: 03-8882 4565 / 4566
MyKasih: 03-7720 1800