BANTUAN RAHMAH FASA 4 2023 : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat kini. Bantuan yang diberikan ini adalah secara berperingkat dan berfasa.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran bantuan rahmah fasa 4? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN E WALLET 300 : CARA MOHON & SEMAK
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 4 2023
Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
KATEGORI | KADAR BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 kebawah. | RM200-RM1,200 (Mengikut bilangan anak) |
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501-RM5,000. | RM0-RM500 (Mengikut bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 keatas). | RM200 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 kebawah. | RM0 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 4
Kaedah pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah seperti berikut :
- Dikreditkan ke akaun bank penerima secara automatik dan berperingkat mengikut bank.
- Akaun yang gagal kredit, penerima boleh tebus di Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 4 2023
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 |
Dijangka bulan November 2023 (Pihak kami akan update apabila tarikh rasmi diumumkan nanti) |
BANTUAN RAHMAH FASA 4
CARA SEMAKAN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2023 ONLINE.
- Sila pergi ke laman Rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya tekan butang [Semak].
- Sekiranya frasa Keselematan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Kemudian, sila klik [Semakan].
- Seterusnya, sila lihat pada [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat pembayaran fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, boleh ajukan kepada pihak berwajib di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.