MY KASIH BANTUAN 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

MY KASIH BANTUAN 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia, terutama golongan yang memerlukan. Kerajaan juga telah bekerjasama dengan My Kasih foundation bertujuan untuk membantu serta meringankan bebanan golongan miskin yang memerlukan bantuan.

Bagaimanakah permohonan dan semakan my kasih bantuan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RAHMAH FASA 4 : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN

APA ITU MY KASIH BANTUAN

My Kasih ialah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin. Dengan kerjasama dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia, MyKasih diberikan kepercayaan untuk membantu rakyat yang dikategorikan miskin tegar di Malaysia. Terbaru, MyKasih adalah tempat semakan pelaksanaan Bantuan Sumbagan Asas Rahmah (SARA).

JENIS BANTUAN MY KASIH

Terdapat beberapa jenis bantuan MyKasih seperti berikut :

  • Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas.
  • Bantuan OKU & Anak Yatim.
  • Bantuan Persekolahan.
  • Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
  • Bantuan MYTV Percuma.
  • Bantuan Khas Bakul Makanan JKM.
  • Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan.

SYARAT KELAYAKAN MY KASIH

Berikut merupakan syarat kelayakan umum bantuan Mykasih :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.

PERMOHONAN MY KASIH BANTUAN

Pemohon yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau menerusi seperti di bawah :

  • Telefon.
  • Surat.
  • Emel Rasmi.
  • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Nota : Maklumat lanjut sila rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

SEMAKAN

Berikut merupakan cara semakan My Kasih bantuan 2023 online seperti di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik Semak Status pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang [Semak Status] untuk semakan.
  6. Paparan akan menunjukkan status kelayakan e kasih 600 sama ada lulus atau tidak ataupun tiada rekod.
  7. Selesai.

Perhatian : anda juga boleh buat carian semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja. Sekiranya terdapat soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel : (603) 7720 1800 (Mon – Fri, Normal Business Hours).
  • E-mel : info@mykasih.com.

Leave a Comment