STR FASA 4 SEMAKAN STATUS 2023 : CHECK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu bentuk bantuan tunai kepada rakyat bertujuan untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat Malaysia. Bantuan ini diberikan kepada semua kategori dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
Sumbangan ini diberikan secara berperingkat dan berfasa. Kini adalah fasa terakhir bagi tahun 2023 iaitu fasa 4 yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanakah cara semakan status str fasa 4 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : MY KASIH BANTUAN : PERMOHONAN & SEMAKAN
LOGIN STR FASA 4
PAUTAN LOGIN STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2023
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 dan ke atas.
- Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 sehingga RM5,00.
- Warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun ke atas.
- Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut merupakan jumlah bayaran STR fasa 4 yang akan dikreditkan ke akaun penerima mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH) |
---|
Tiada anak : RM200 |
1-2 Orang anak : RM500 |
3-4 Orang anak : RM900 |
5 Orang ke atas : RM1,200 |
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501-RM5,000) |
---|
Tiada anak : RM0 |
1-2 Orang anak : RM100 |
3-4 Orang anak : RM300 |
5 Orang ke atas : RM500 |
KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH) |
---|
RM0 |
KATEGORI WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) |
---|
RM200 |
CARA PEMBAYARAN
Berikut merupakan kaedah bayaran STR Fasa 4 seperti di bawah :
- Dikreditkan ke akaun bank penerima secara automatik dan berperingkat mengikut bank.
- Akaun yang gagal kredit, anda boleh tebus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
STR FASA 4 SEMAKAN STATUS
CARA SEMAKAN STATUS STR FASA 4 2023 ONLINE.
- Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
Klik link di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
Isikan di ruangan sebelah kiri MySTR (No Mykad).
- Klik [Log Masuk].
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
Tekan butang [Ya] jika Frasa Keselamatan adalah betul.
- Isi Kata Laluan / Password MySTR.
Isi password yang anda gunakan semasa login myBKM atau semasa daftar akaun mystr.
- Klik [Log Masuk].
- Paparan Skrin Laman Utama MySTR.
Jika berjaya login MySTR, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna.
- Klik pada [Semakan].
[Semakan pembayaran].
- Paparan Maklumat Status / Maklumat Bayaran.
Butiran Status akan dipaparkan kepada anda. Sekiranya Status Kredit “Berjaya”, tunggu sahaja duit bantuan tunai STR masuk ke akaun bank. Jika gagal kredit, anda boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.