BANTUAN MADANI B40 2024 : SENARAI & JUMLAH BAYARAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN MADANI B40 2024 : SENARAI & JUMLAH BAYARAN

Bermula pada tahun 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan untuk menyasar semula subsidi dan akan melaksanakannya secara berfasa. Sebahagian daripada hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada rakyat.

Apakah senarai dan jumlah bayaran bantuan madani b40 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : STR FASA 4 SEMAKAN STATUS : CHECK

APA ITU MADANI

Kerangka Ekonomi MADANI sudah memeta matlamat yang jelas iaitu untuk meningkatkan darjat hidup rakyat Malaysia dan kembali menjadi jaguh ekonomi serantau. Untuk itu, sumber kewangan negara harus diurus dengan cekap disamping memastikan khazanah watan menghasilkan kemaslahatan buat seluruh rakyat.

APA ITU BANTUAN MADANI B40

Pelbagai bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tujuannya adalah untuk membantu rakyat dari golongan B40 dan kumpulan miskin tegar bagi meringankan bebanan serta membantu rakyat untuk mendepani isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

BANTUAN MADANI B40

SENARAI BANTUAN MADANI B40

Berikut merupakan senarai dan jumlah bayaran Bantuan Madani B40 2024 seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • RM10 billion ringgit disalurkan dan akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima.
KATEGORIJUMLAH BAYARANPENERIMA
Isi rumah pendapatan
RM2,500 kebawah
RM1,300 hingga RM2,800
(mengikut bilangan anak)
3.1 Juta
Isi rumah pendapatan
RM2,501-RM5,000
RM800 hingga RM1,550
(mengikut bilangan anak)
1.0 Juta
Bujang pendapatan
RM2,500 kebawah
RM5003.3 Juta
Warga Emas tiada
pasangan
RM6001.3 Juta
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
KATEGORI SARAPENERIMAKADAR
STR Miskin Tegar0.2 jutaRM1,200
STR Miskin0.5 jutaRM1,200
STR Isi Rumah3.7 jutaRM300
STR Bujang4.3 jutaRM150
  • Program Jualan Rahmah :
    • Penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  • Skim Perubatan Madani :
  • Program Rebat Bil Elektrik :
    • Sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dan pengecualian bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
  • Program MyLesen :
    • Bayaran ujian lesen memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu.
  • Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma kepada kanak-kanak.
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • RM150 kepada semua murid sekolah untuk mengurangkan beban ibubapa/penjaga untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak.
  • Projek Perumahan Rakyat :
    • Meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi pembinaan baru dan pembaikpulih rumah kediaman kumpulan miskin tegar.
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah :
    • Manfaat kepada lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan sahaja untuk memudahkan carian anda. Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh buat rujukan di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment