SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU
Sebagai pembayar cukai sama ada individu atau syarikat yang telah berdaftar, semestinya anda mempunyai nombor cukai pendapatan Malaysia. Nombor Cukai Pendapatan yang boleh digunakan untuk melakukan semua urusan dengan LHDNM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
APA ITU NOMBOR CUKAI PENDAPATAN?
Maksud Nombor cukai adalah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar sebagai pembayar cukai, maka LHDN akan memperuntukkan nombor cukai pendapatan kepada anda.
Untuk mendapatkan nombor cukai, anda harus menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda :
Individu | Sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan dari perniagaan, anda hanya perlu menyiapkan slip gaji terkini dan juga kad pengenalan. |
Syarikat | Sementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, sediakan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kad Pengenalan anda. |
SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU
Berikut merupakan cara mendapatkan no cukai pendapatan jika anda terlupa atau hilang :
- Masuk ke portal : https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
- Pilih Jenis Pengenalan sama ada : Nombor Kad Pengenalan, Polis, Tentera, Passport
- Isikan Nombor Pengenalan anda
- Tuliskan Kod Keselamatan yang diberi
- Masukkan Email yang pernah berdaftar dengan LHDN
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang pernah berdaftar dengan LHDN
- Tekan butang Hantar
- Paparan akan tertera seperti : “Nombor cukai pendapatan bagi no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx telah didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Malaysia”
Sebelum anda membuat sebarang pembayaran cukai sila semak dan kenali dahulu senarai pelepasan cukai tahun taksiran untuk individu. Bila anda dah tahu senarai pelepasan mudah untuk anda isi dalam efiling nanti dan mendapat bayaran balik cukai anda lebih banyak lagi.
Andai kata anda belum lagi mendaftar sebagai pembayar income tax anda boleh lihat panduan di bawah di mana pihak kami ada sediakan langkah-langkah yang senang lagi mudah untuk pendaftaran income tax :
CARA DAFTAR CUKAI PENDAPATAN UNTUK KALI PERTAMA GUNA E-DAFTAR
Berikut merupakan cara daftar cukai pendapatan kali pertama menggunakan e-daftar kepada individu yang tidak pernah lagi membuat pendaftaran :
- Klik masuk ke : https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php
- Isikan maklumat pada borang yang tertera sehingga lengkap
- Tekan Hantar jika sudah isi semua maklumat tadi
- Akan tertera mesej “Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah”
- Semak dan Klik Setuju
- Cetak : No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai ia diperlukan untuk menyemak status permohonan anda dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan
- Sebagai rujukan sila simpan nombor permohonan untuk rujukan anda
SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN : CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU
SOALAN LAZIM (FAQ)
Nombor cukai adalah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar. Masuk ke artikel ini untuk cara dapatkan no cukai pendapatan anda.
Ikuti panduan di dalam artikel ini. Pihak kami ada kongsikan cara mudah dan senang untuk dapatkannya.
Melalui e-Daftar LHDN. Anda boleh dapatkan panduan e-Daftar melalui artikel ini.