CARA BUAT TEMUJANJI LHDN ONLINE GUNA E-JANJITEMU UNTUK SEMAKAN STATUS DAN BAYARAN SERTA PENUNAIAN WAKIL BPR DAN BKC
Untuk makluman anda, sekiranya anda mempunyai urusan yang perlu hadir ke kaunter atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan bantuan BPR atau BKC atau penunaian oleh wakil untuk BKC anda mestilah membuat appointment atau temujanji terlebih dahulu.
Ini adalah langkah untuk mengawal daripada berlakunya kesesakan di pejabat atau kaunter LHDN apabila menerima jumlah pelanggan yang ramai pada satu masa. Langkah ini juga adalah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang jangkitan Covid19 di kalangan pelanggan dan juga kakitangan LHDN.
Jadi, jika anda ingin melakukan urusan di kaunter LHDN sila buat temujanji terlebih dahulu. Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk buat temujanji atau cara daftar appointment online LHDN guna E-JanjiTemu.
Baca juga : CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 ONLINE : TARIKH BAYARAN DAN JUMLAH BANTUAN (ISI RUMAH,BUJANG,B40)
SYARAT PERMOHONAN JANJITEMU HASIL LHDN
- Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
- Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
- Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
- Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
- Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan.
CARA BUAT TEMUJANJI LHDN ONLINE GUNA E-JANJITEMU
PANDUAN LENGKAP CARA BUAT TEMUJANJI ATAU APPOINTMENT ONLINE GUNA E-JANJITEMU LHDN UNTUK DIRI SENDIRI DAN WAKIL.
- Sila layari laman web rasmi E-JANJITEMU LHDN di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Janji Temu Dalam Talian.
- Sila pilih sama ada Diri Sendiri atau Wakil.
- Jika anda pilih Diri Sendiri, sila Masukkan Nama Kad Pengenalan Pemohon.
- Masukkan Nama Pemohon.
- Pilih Negeri yang anda mahu berurusan.
- Pilih Cawangan yang anda mahu berurusan.
- Sila Pilih Tujuan Janji Temu sama ada untuk SEMAKAN STATUS BPR, BAYARAN BPR dan LAIN-LAIN.
- Pilih Tarikh Janji Temu yang anda mahukan. Pastikan anda pilih yang berwarna Hitam dan yang Merah sudah Penuh atau Hari Cuti.
- Masukkan Kod Captcha yang diberikan di dalam ruangan.
- Tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tekan [HANTAR].
- Jika anda pilih Wakil, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan Pemohon.
- Masukkan Nama Pemohon.
- Pilih Negeri.
- Pilih Cawangan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Wakil.
- Masukkan Nama Wakil.
- Pilih Hubungan Wakil.
- Masukkan Emel Wakil.
- Masukkan Nombor Telefon Wakil.
- Sila Pilih Tujuan Janji Temu sama ada untuk SEMAKAN STATUS BPR, BAYARAN BPR dan LAIN-LAIN.
- Pilih Tarikh Janji Temu yang anda mahukan. Pastikan anda pilih yang berwarna Hitam dan yang Merah sudah Penuh atau Hari Cuti.
- Masukkan Kod Captcha yang diberikan di dalam ruangan.
- Tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tekan [Hantar].
- Setelah permohonan berjaya dihantar, pemohon boleh muat turun borang melalui butang Cetak.
- Sekiranya pemohon bukan merupakan pemohon BPR , makluman janji temu akan di hantar ke emel yang didaftarkan.
- Pastikan anda hadir pada Tarikh dan Masa yang anda telah buat temujanji sebentar tadi.
- Selesai. Semoga urusan anda dipermudahkan.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan soalan boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat panduan untuk membuat temujanji ataupun appointment online LHDN supaya dapat memudahkan pihak anda dan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.
Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566