CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 ONLINE : TARIKH BAYARAN DAN JUMLAH BANTUAN (ISI RUMAH,BUJANG,B40)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 ONLINE : TARIKH BAYARAN DAN JUMLAH BANTUAN (ISI RUMAH,BUJANG,B40)

Untuk makluman anda, jika anda merupakan penerima Bantuan Khas Covid19 (BKC) bagi Fasa 1 sebelum ini, anda juga akan menerima bantuan tersebut bagi Fasa 2 dan juga Fasa 3.

Seperti yang kita tahu bantuan BKC bagi Fasa 1 sudah disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak dimana bantuan tersebut telah diberikan pembayaran bermula pada 6 September 2021 sehingga 10 September 2021 yang lalu dimana dibuat secara berperingkat.

Untuk makluman kepada kategori M40 sebelum ini dimana Fasa 1 anda telah menerima bantuan BKC ini secara keseluruhan berjumlah RM250 bagi kategori Isi Rumah, RM100 kepada Warga Emas sebatang kara dan RM100 kepada kategori Bujang M40.

Jadi untuk kategori M40, bagi Fasa 2 dan Fasa 3 ini anda tidak akan menerima bantuan BKC ini kerana pembayaran telah dibuat secara one off kepada anda semasa pembayaran bagi Fasa 1.

Hanya mereka yang dalam kategori Miskin tegar dan B40 sahaja akan menerima bayaran bagi Fasa 2 dan Fasa 3 nanti.

ARTIKEL BANTUAN KHAS COVID 19 (BKC)

LINK BKC SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN KHAS COVID19 FASA 1/2/3

BKC HASIL GOV MY LINK SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID19 2021

PORTAL RASMI BKC : SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID19 2021

FAQ BKC : CARA SEMAK DAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS COVID19 SEPTEMBER 2021

BANTUAN KHAS COVID19 (BKC)

Bantuan Khas Covid 19 atau singkatannya BKC adalah bantuan dalam bentuk tunai langsung yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik Covid 19 dan juga terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

Bantuan BKC ini diberikan secara 3 Fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 mengikut kategori yang telah diklasifikasikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BKC FASA 2

Tarikh bagi pembayaran bantuan BKC bagi Fasa 2 adalah pada November 2021. Untuk tarikh yang tepat masih lagi menunggu pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia sama ada diawalkan ataupun pada November yang akan ditetapkan nanti. Pihak kami akan kemaskini bila tarikh pembayaran yang akan dibuat untuk memudahkan anda semak atau check status bayaran bantuan ini.

JUMLAH BAYARAN BKC FASA 2 UNTUK BUJANG, B40, ISI RUMAH DAN WARGA EMAS

Jadual di bawah merupakan jumlah bayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori yang akan menerima bantuan Fasa 2 ini.

KATEGORI PENERIMAKATEGORI PEMBAYARAN FASA 2JUMLAH BAYARAN
Miskin TegarIsi RumahRM500
Miskin TegarWarga Emas Sebatang KaraRM300
Miskin TegarBujangRM300
B40Isi RumahRM300

CARA BAYARAN BKC DIKREDITKAN KEPADA PENERIMA

Berikut merupakan cara bayaran BKC dikreditkan kepada penerima.

KATEGORI PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Miskin TegarDikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
B40Dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 2 ONLINE.

  1. Sila layari laman web rasmi SEMAK STATUS BKC di pautan ini : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?.

  2. Klik [Log Masuk] atau [Semakan Status].

  3. Jika anda memilih untuk terus check di Semakan Status sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan tersebut.

  4. Tekan icon Carian.

  5. Paparan Semakan anda akan di paparkan di sini.

  6. Sama ada Lulus ataupun Tidak.

  7. Jika lulus anda akan mendapat bayaran pada tarikh yang telah ditetapkan.

  8. Pembayaran adalah secara berperingkat. Jika anda sudah lulus dan telah menerima bayaran semasa Fasa 1 sebelum ini diharap anda sabar menunggu bayaran dikredit masuk ke akaun anda.

  9. Selesai.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 2 MELALUI TELEFON DAN PERTANYAAN DI KAUNTER LHDN

Untuk makluman anda, anda boleh guna cara semakan status bayaran BKC Fasa 2 ini menerusi telefon ataupun hadir di kaunter atau cawangan LHDN.

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang)
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang)
  • Hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran melalui janji temu.

RUJUKAN

Sebarang persoalan dan pertanyaa anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.Pihak kami sekadar berkongsi panduan untuk memudahkan anda semua untuk semak status dan dapatkan maklumat berkaita dengan Bantuan BKC ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pihak anda dan kenalan anda.

Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566.

3 thoughts on “CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 ONLINE : TARIKH BAYARAN DAN JUMLAH BANTUAN (ISI RUMAH,BUJANG,B40)”

Leave a Comment