CARA CHECK STATUS CCRIS ONLINE
APA ITU eCCRIS ?
eCCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan dasar kredit yang berhemat dan sikap profesional dalam kalangan institusi kewangan, termasuk penerapan amalan perniagaan terbaik dalam pengurusan risiko kredit.
Oleh itu, salah satu daripada cara untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan adalah dengan menyediakan CCRIS kepada institusi kewangan peserta supaya mereka boleh membuat keputusan pemberian pinjaman dengan lebih cepat dan baik berdasarkan maklumat yang mencukupi.
Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa melalui laman web https://eccris.bnm.gov.my/. Tiada had ditetapkan untuk membuat semakan CCRIS online ini dan eCCRIS boleh diakses secara percuma.
BACA JUGA : Cara Memohon Moratorium Public Bank, Maybank, CIMB, Bank Rakyat DLL 2021
CARA CHECK STATUS CCRIS ONLINE
SEMAKAN eCCRIS Online TERBUKA KEPADA SIAPA ?
Sesiapa sahaja boleh membuat semakan CCRIS online, termasuklah golongan seperti di bawah :-
- Institusi kewangan apabila mendapat apa-apa permohonan kredit dan semasa kajian semula kepercayaan kredit pelanggan sedia ada.
- Agensi pelapor kredit berdaftar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan kebenaran daripada peminjam diperoleh terlebih dahulu.
- Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri.
- Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan profesional.
- Mana-mana syarikat, untuk laporan kreditnya sendiri.
CARA SEMAKAN STATUS CCRIS ONLINE
Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
LANGKAH 1 : Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform
LANGKAH 2 : Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:-
- 1 salinan MyKad (depan dan belakang).
- 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia).
- 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP).
LANGKAH 3 : Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:-
Setelah selesai anda boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
Dalam laporan akan ditunjukkan maklumat-maklumat penting seperti tunggakan hutang.
KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN CCRIS
Jika rekod dalam CCRIS menunjukkan pihak pemohon itu mempunyai rekod membayar balik pinjamannya dengan baik, barulah bank akan meluluskan permohonannya.
Namun jika anda tidak pernah mempunyai hutang, nama anda tidak timbul dalam CCRIS dan ia boleh menyukarkan anda apabila mahu memohon pinjaman pada masa depan.
Kenapa hal ini boleh berlaku?
Ini kerana, tanpa ada rekod dalam CCRIS, bank tidak dapat mengenal pasti apakah kita seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin ataupun sebaliknya.
Keputusan pemberian pinjaman dan pembiayaan oleh institusi kewangan peserta bergantung pada maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kredit, kesanggupan mengambil risiko dan strategi perniagaan sesebuah institusi kewangan peserta.
SUMBER SELAIN CCRIS Bank Negara Malaysia
CCRIS tidak semestinya merupakan sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta untuk menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.
Sistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).
Contohnya;
i. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)
ii. Kedai motor
iii. Bil dengan syarikat komunkasi
iv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut:
- Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
- E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my