CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN AmOnline BANKING
APA ITU AmOnline Banking ?
Bagi kemudahan pengguna Ambank, pihak Ambank telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan internet Ambank Online untuk pelanggan mereka yang dikenali dengan nama AmOnline.
Melalui perkhidmatan AmOnline, pengguna dapat melakukan pelbagai urusan kewangan antaranya semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil, bayaran perbankan internet, urusan kad kredit dan banyak lagi.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0
CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN AMONLINE BANKING
SYARAT KELAYAKAN MENDAFTAR AKAUN AmOnline Banking
Bagi melayakkan anda mendaftarkan akaun AmOnline, anda perlulah mempunyai salah satu daripada kriteria berikut:
- Akaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.
- Kad Kredit / Kad-i Ambank
- Pinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan
CARA MENDAFTAR AKAUN AmOnline Banking
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 kaedah mudah untuk mendaftarkan akaun AmOnline Banking anda iaitu:
- Melalui aplikasi AmOnline di telefon mudah alih anda
- Melalui laman web rasmi Ambank
Setelah berjaya melakukan pendaftaran melalui salah satu cara yang disebutkan di atas, anda akan menerima mesej SMS pengesahan pendaftaran akaun Ambank Online anda.
CARA MENDAFTAR AKAUN AmOnline Banking MELALUI APLIKASI TELEFON
Muat turun aplikasi AmOnline ke telefon mudah alih anda daripada salah satu pautan berikut:
- Play Store – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
- App Gallery – Untuk pengguna Huawei
- Buka aplikasi tersebut di telefon anda.
- Lihat pada bahagian carousel dan klik pada pada “Let’s Get Started”.
- Klik pada “Register to AMOnline”.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Masukkan no kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi.
- Masukkan nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC.
CARA MENDAFTAR AKAUN AmOnline Banking LAMAN WEB
- Layari laman rasmi AmOnline di https://ambank.amonline.com.my/web/Klik pada Register.
- Lengkapkan segala maklumat untuk log masuk akaun seperti Username, Password dan Confirm Password.
- Pilih “Security Image”.
- Klik pada butang Continue.
- Masukkan Nombor Kad & PIN Kad anda ATAU Masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC.
CARA LOGIN Ambank Online Banking
Setelah berjaya melakukan pendaftaran AmOnline, anda boleh log masuk ke akaun anda dengan cara-cara berikut:
- Layari laman web rasmi AmOnline
- Pada halaman depan website tersebut, terdapat satu borang log masuk
- Masukkan “Username”.
- Klik pada butang “Log In Now”.
- Sahkan “Security Image”. Jika benar klik pada butang Yes.
- Masukkan password anda.
- Klik butang Log In.
MAKLUMAT LANJUT
- Customer Contact Centre : Setiap hari daripada 8.00 a.m. hingga 8.00 p.m. / 03-2178 8888
- Email : customercare@ambankgroup.com
- Hantarkan sebarang pertanyaan melalui fungsi AmMail di dalam AmOnline App