CARA TUKAR NAMA PEMILIK KENDERAAN YANG SUDAH MENINGGAL
Berkenaan dengan tukar nama pemilik kereta meninggal, prosedur pergantian nama baru berpanduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Dahulunya, ada beberapa alasan mengapa perlu tukar nama kereta. Di antaranya adalah pemilik kereta meninggal atau kita membeli kereta bekas. Dikarenakan hal itu, perlu mengganti nama pemilik kereta untuk kepemilikan baru. Untuk mengganti nama kepemilikan kereta tentu ada prosedur dan persyaratan yang harus disiapkan.
BACA JUGA : CARA BUAT TEMUJANJI JPJ ONLINE 2021
CARA TUKAR NAMA PEMILIK KENDERAAN YANG SUDAH MENINGGAL
SYARAT TUKAR NAMA KENDERAAN PEMILIK MENINGGAL & DOKUMEN SOKONGAN
Untuk menukar nama kenderaan bagi pemilik yang sudah meninggal dunia, terdapat beberapa langkah dan syarat perlu diikuti iaitu :-
- Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah.
- Salinan Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) yang disahkan oleh Mahkamah.
- Salinan Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) yang disahkan oleh Mahkamah.
- Salinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
- Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah.
- Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama dan dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim jika Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
- Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah.
- Salinan Perintah dalam bentuk Form Cyang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
Pemohon juga turut dinasihatkan untuk hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk melancarkan dan memudahkan proses pertukaran hak milik. Pemohon yang menghantar wakil perlu mengisi borang lain beserta maklumat pengesahan identiti.
CARA TUKAR NAMA PEMILIK KENDERAAN YANG SUDAH MENINGGAL
Sekiranya pemilik kenderaan yang meninggal dunia menyediakan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang telah ditetapkan, ia secara tidak langsung memudahkan urusan pertukaran hak miliki kerana dokumen rasmi (Perintah Surat Pentadbir Harta Pusaka) sudah tersedia.
Namun begitu, jika pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat, waris boleh membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah berdekatan bagi menetapkan individu yang berhak terhadap harta yang ditinggalkan. Rujuk agensi berkaitan untuk maklumat lanjut.
1.Pembahagian Harta Pusaka Kecil
- Setelah proses pengagihan harta selesai, pihak waris akan menerima surat perintah pembahagian ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh pemilik asal berdaftar yang telah meninggal dunia.
- Waris atau individu yang memperoleh kenderaan atas nama si mati perlu melakukan proses pertukaran nama (hak milik) menggunakan surat perintah pembahagian sebagai bukti pengesahan atau sokongan pemilikan baharu.
- Ia sekali gus membolehkan kenderaan tersebut menjadi hak pemilik baharu (waris) sepenuhnya dan sah digunakan di atas jalan raya.
2.Pemeriksaan Puspakom
- Sebelum proses pindah milik dilakukan, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori di Puspakom.
- Pihak Puspakom akan mengeluarkan Laporan B5 Puspakom yang akan digunakan semasa proses pemindahan pemilikan kenderaan di JPJ.
- Waris perlu bawa kenderaan (kecuali motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom.
- Waris juga turut disarankan untuk menyelesaikan urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Puspakom.
- Ini kerana, urusan pembahagian harta mungkin mengambil masa lebih lama berbanding tempoh sah laku laporan B5 yang hanya boleh diguna pakai dalam tempoh 30 hari sahaja daripada tarikh pemeriksaan.
3. Urusan tukar nama kereta di JPJ
- Setelah pengesahan milikan baharu kenderaan diterima daripada pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah, dan waris telah mendapat kelulusan pemeriksaan tukar milik kenderaan (Laporan B5) daripada Puspakom – waris boleh memulakan urusan pertukaran milikan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan.
- Isi butiran yang diperlukan bersama dokumen asal yang diperlukan serta jelaskan bayaran.
- Senarai lengkap borang yang perlu diisi serta dokumen berkaitan yang diperlukan boleh dirujuk seperti dinyatakan di atas.
- Bawa bersama sijil kematian asal pemilik kenderaan (sebagai persediaan sekiranya diminta).
- Perbaharui insurans kereta terlebih dahulu kerana insurans sedia ada akan terbatal secara automatik setelah hak milikan kenderaan bertukar.
- Proses pertukaran milikan tidak boleh dibuat secara onlinemelalui portal MyEG kerana ia memerlukan pengesahan kad pengenalan dan cap jari biometrik pemohon.
- Selain itu, pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Hak Milik Secara Sukarela. Oleh sebab itu, ia perlu dirujuk kepada mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan untuk semakan dokumen sokongan dan urusan-urusan lain (jika perlu).
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan tentang tukar nama kereta owner meninggal dunia,sila layari https://www.jpj.gov.my/ atau hantarkan aduan anda ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke aduantrafik@jpj.gov.my.