SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0(TARIKH BAYARAN GKP 4.0)

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0

APAKAH GKP 4.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu. GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.

Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP

 

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0

KADAR DAN TARIKH BAYARAN GKP 4.0 FASA 1 DAN FASA 2

Untuk GKP 4.0 2021 ini, bayaran GKP 4.0 akan diberikan secara ansuran melalui 2 fasa dan pemohon yang layak akan mendapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : 21 September 2021 – RM500
  • Fasa 2 : November 2021 – RM500. (Tarikh rasmi belum diumumkan lagi)

 

SEMAKAN GKP 4.0 2021

Semakan online geran ini boleh dibuat dengan cara berikut :

  1. Sila login Portal Rasmi GKP : https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
  3. Masukkan Password
  4. Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
  5. Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.

Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.

Tarikh semakan status kelulusan GKP 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

TARIKH PERMOHONAN BAHARU

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    -Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    -Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
    -Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    -Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

PERMOHONAN BARU GKP 4.0 2021
Jika anda tidak pernah dapat GKP sebelum ini,  anda boleh mendaftar permohonan baru.

Caranya adalah seperti berikut :

  1. Mohon online di GKP Hasil : https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  3. Isi borang permohonan & muat naik dokumen sokongan.
  4. Selepas pendaftaran, sila log masuk semula untuk semakan permohonan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 4.0 : TARIKH BAYARAN GKP 4.0

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Leave a Reply