CARA MEMOHON DAN DAFTAR TABUNG HAJI DENGAN SIMPANAN KWSP
Anak-anak muda terutamanya boleh mengambil peluang daftar Haji melalui KWSP tanpa sebarang bayaran deposit.
Mungkin ada antara pemegang akaun Tabung Haji di luar sana yang masih belum mendaftar haji kerana masih belum cukup wang dan masih muda.
Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar Haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20-30 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut kerana sistem pendaftaran haji adalah berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan”.
Jadi jika anda belum mendaftar, anda sangat digalakkan untuk daftar Haji melalui KWSP walaupun masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara daftar Haji melalui KWSP secara percuma tanpa perlu membayar deposit RM1,300 seperti pendaftaran Haji biasa.
BACA JUGA: CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN RUMAH
SYARAT – SYARAT DAFTAR HAJI MELALUI KWSP
Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Sudah mempunyai akaun Tabung Haji
- Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
- Belum mencapai umur 55 tahun.
CARA MEMOHON DAN DAFTAR TABUNG HAJI DENGAN SIMPANAN KWSP
Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH boleh mendaftar Haji secara percuma dengan mengikuti langkah mudah ini.
1. Print Penyata KWSP
Anda perlu ada penyata KWSP.
Untuk dapatkan penyata KWSP anda boleh kunjungi ke mana-mana kiosk KWSP atau print terus secara online melalui i-Akaun KWSP.
2. Daftar Haji Di Tabung Haji
Seterusnya, pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan tekan butang ‘Daftar Haji’ ketika mengambil nombor.
Pendaftaran haji juga boleh dilakukan di :
- Kaunter Mudah Alih TH
- Rakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic)
- Laman web THiJARI
- Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919
3. Dokumen Yang Diperlukan
Anda perlu mengemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran haji.
- Kad pengenalan
- Penyata ahli KWSP
4. Pengesahan
Selepas tandatangan dan cop jari, anda akan diberi tahun giliran Haji.
Urusan pendaftaran Haji anda telah selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.