LANGKAH SEMAK TEMPAT MENGUNDI SECARA ONLINE SPR
Untuk pengetahuan anda, kini pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi sudah boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian.
Perkara ini lebih pantas, menjimatkan masa dan memudahkan rakyat Malaysia menjalankan tanngungjawab mereka sebagai pengundi.
Jadi, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dan pengundi wakil rakyat di kawasan DUN dan Parlimen anda? Sekiranya belum, baca dan rujuk perkongsian maklumat di bawah berkenaan semakan daftar pemilih secara online untuk panduan anda.
BACA JUGA : CHECK E PENGAMBILAN PDRM : CARA SEMAK STATUS PANGGILAN TERBARU DAN CARA MOHON ONLINE JAWATAN POLIS
JENIS PEMILIH SPR
Berdasarkan undang-undang pilihan raya, terdapat dua jenis pengundi yang boleh didaftar oleh SPR iaitu :-
Pemilih Biasa – pemilih berdaftar yang perlu hadir ke pusat mengundi untuk mengundi pada hari pilihan raya berlangsung.
Pemilih Tidak Hadir – terdiri daripada Anggota tentera dan pasangannya, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. Golongan ini dibenarkan mengundi secara pos. Petugas media serta Anggota Polis yang bertugas pada hari pilihan raya juga perlu memohon untuk mengundi secara pos.
SYARAT -SYARAT LAYAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH / PENGUNDI PILIHANRAYA
Mereka yang menepati syarat-syarat dibawah mempunyai tanggungjawab untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihan raya dijalankan.
- Warganegara Malaysia Telah berumur 21 tahun.
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan.
- Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa.
CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE MELAUI PORTAL MySPR DAFTAR
LANGKAH 1 : PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA
- Layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
- Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
- Isi borang maklumat yang disediakan dengan maklumat yang tepat:-
*Rujuk rajah di bawah berkenaan alamat lengkad dan juga gambar swafoto (selfie).
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
- Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
- Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
- Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
LANGKAH 2 : PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
LANGKAH 3 : ISI BORANG A
- Login akaun anda.
- Klik ‘Status Saya’.
- Jika anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
- Isi maklumat yang diminta dengan tepat dan setelah selesai klik butang ‘Hantar’.
LANGKAH SEMAK TEMPAT MENGUNDI SECARA ONLINE SPR
a) Semakan Daftar Pemilih SPR Online
- Layari laman web rasmi SPR https://pengundi.spr.gov.my/
- Sila isi nombor KAD PENGENALAN anda (tanpa ‘-‘ atau ‘jarak’)
- Contoh semakan:-
b) Semak Daftar Pemilih Melalui Aplikasi MySPR Semak
MySPR Semak adalh aplikasi semakan mengundi dan keputusan PRU yang boleh dimuat turun di:-
- Google Play Apps – KLIK DI SINI
- Apple Apps Store – KLIK DI SINI
- Huawei Apps Gallery – KLIK DI SINI
*Gambar aplikasi MySPR Semak
MAKLUMAT LANJUT MySPR Daftar
Untuk butiran lanjut tentang MySPR Daftar sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
ATAU
Ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.