PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

APAKAH SPA9?

Tahukah anda Portal SPA8i yang digunakan dulu tidak lagi digunakan mulai 28 September 2020 dan telah digantikan dengan SPA9 yang baharu.

Bagi yang belum tahu, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.

Permohonan SPA9 jawatan kosong kerajaan boleh dibuat oleh mana-mana individu yang berkelayakan pada bila-bila masa atau setelah iklan kekosongan jawatan dikeluarkan. Tempoh sah laku pendaftaran calon pula adalah selama satu (1) tahun sahaja. Ini bermaksud pemohon perlu mengesahkan permohonan semula setelah tempoh sah laku pendaftaran tamat.

Jika anda berminat untuk memohon kerja kerajaan, inilah portal yang perlu anda daftar dan rujuk dengan kerap dari semasa ke semasa untuk mendapat info terkini tentang kekosongan jawatan yang dibuka.

BACA JUGA : PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS GURU DG41 SECARA KONTRAK 2021

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

CARA PENDAFTARAN SPA9

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa :-

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon perkhidmatan awam spa8i adalah satu (1) tahun.
  2. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM.
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:-
    1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM./Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
    3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1 : PENDAFTARAN MYID

  1. Layari laman web rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.
  3. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
  4. Masukkan kod keselamatan dan lengkapkan lain-lain butiran yang diperlukan.
  5. Setelah selesai, tandakan pada kotak persetujuan dan klik ‘Daftar’.PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9
  6. Kembali semula ke halaman depan SPA9. Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.
  7. Jika anda merupakan pengguna baru, sila kemaskini segala maklumat dalam sistem.

LANGKAH 2 : LOGIN SPA9

  1. Layari semula skrin Daftar Masuk dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
  2. Masukkan no Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang betul dan tepat bagi mengelakkan kegagalan login.
  3. Klik Log Masuk.PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

LANGKAH 3 : MAKLUMAT PEMOHON

  1. Klik pada pautan “Maklumat Peribadi” dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu yang telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
  2. Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah.
  3. Klik butang “Simpan” setelah semua maklumat diisi lengkap.PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

LANGKAH 4 : MAKLUMAT AKADEMIK

  1. Klik pada pautan “Maklumat Kelayakan Akademik” dan skrin seperti berikut akan dipaparkan.
  2. Setelah lengkap isi semua maklumat klik butang “Simpan”.

LANGKAH 5 : JAWATAN DIPOHON

  1. Klik pada menu “Jawatan Dimohon”, sub-menu mengikut kelayakan akademik seperti “SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM” dan “Ijazah” seperti di bawah akan dipaparkan.
  2. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan “+ Tambah” bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
  3. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang dipilih daripada senarai yang diberikan.
  4. Klik butang “Simpan”.
  • Calon hanya boleh memohon maksimum 15 jawatan SPA.
  • Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon.

LANGKAH 6 : PENGAKUAN PEMOHON

  1. Klik pada pautan “Pengakuan Pemohon” dan skrin di bawah akan dipaparkan.
  2. Setelah pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul, klik petak Setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  3. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, klik butang “Hantar” PERINGATAN.
  4. Sekiranya tidak klik butang “Hantar”, permohonan tidak akan diproses.

  • Status Permohonan seperti paparan di bawah akan ditunjukkan bagi memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.
  • Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan

SEMAKAN SPA9 SECARA ONLINE

  • Log masuk ke Portal SPA untuk membuat semakan.
  • Klik pautan “Semakan Pemohonan Semasa” dan skrin seperti berikut akan dipaparkan.
  • Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
  • Jika paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermaknan tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Sekiranya paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

 

 

 

CARA KEMASKINI MAKLUMAT & PERMOHONAN JAWATAN KERAJAAN

Setelah mendaftar, sila kemaskini maklumat terkini agar anda mudah memohon jawatan kerajaan yang bakal dibuka pada bila-bila masa.

Contoh iklan terkini adalah seperti berikut:

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9

Pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan, butiran tentang gaji, dan deskripsi tugas sebelum membuat permohonan.

Bagi iklan di atas, butiran lanjut adalah seperti dalam pautan berikut: https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan

Sekiranya anda telah mendaftar, pastikan anda mengemaskini maklumat di Portal SPA9.

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Kelayakan Akademik
  • Maklumat Sedang Berkhidmat
  • Maklumat Bekas Tentera
  • Maklumat Bukan Akademik
  • Jawatan Dipohon

Untuk melihat Manual Pengguna dengan lengkap, sila muat turun di SINI.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat masalah lain selain daripada yang dinyatakan dalam FAQ ini, sila
maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my) atau e-mel
ke spa9@spa.gov.my

 

1 thought on “PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN GUNA SPA9”

Leave a Comment