CARA NAK BUKA AKAUN SSPN UNTUK PTPTN ONLINE KEPADA PELAJAR IPT YANG INGIN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN 2021
Untuk makluman kepada semua pelajar yang ingin mendapat pembiayaan pinjaman PTPTN hendaklah membuka akaun SSPN-i sebelum membuat permohonan secara dalam talian. Permohonan yang lengkap di isi sahaja boleh dihantarkan kepada pihak PTPTN. Semua pelajar dimohon hantarkan permohonan yang telah lengkap kepada pihak PTPTN sebelum tarikh akhir yang diberikan.
Kepada ibu bapa yang ingin buka akaun SSPN anda tidak lagi perlu pergi ke Bank Islam atau ke Maybank atau ke BSN semata mata untuk buka akaun SSPN. Anda boleh membuka akaun SSPN secara online sahaja di rumah untuk anak anda atau anak anda yang ingin mohon pinjaman PTPTN sebagai pelajar IPT. Di bawah kami kongsikan kepada anda cara untuk buka akaun SSPN secara online.
Baca juga : TEMUJANJI ONLINE PTPTN : CARA BUAT APPOINTMENT DAN BOOKING SLOT E-JANJITEMU
APA ITU SSPN-i
SSPN-i adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan yang diberi ialah SSPN. Kini SSPN telah dijenamakan semula kepada SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka masa panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan cukai taksiran pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, setelah hampir 7 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan produk simpanan baharu, SSPN-i telah dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
SSPN PRIME
SSPN Prime merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SIMPAN SSPN PRIME
Berikut merupakan keistimewaan dan kelebihan Simpan SSPN PRIME kepada para ibu bapa yang membuka akaun kepada anak-anak.
- Dijamin Kerajaan melalui SSPN Prime simpanan anda dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
- Dividen Kompetitif dengan SSPN Prime anda layak untuk menerima dividen tahunan yang kempetitif.
- Pelepasan Taksiran Cukai tahunan sehingga RM8000.00 dengan SSPN Prime.
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN apabila mendapat tawaran IPT.
- Syarat wajib untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada pelajar IPT.
- Tiada bayaran bulanan selepas pembukaan akaun. Bergantung pada anda untuk membuat penambahan deposit.
- Takaful percuma diberikan dalam bentuk RM to RM apabila baki melebihi RM1000.
SYARAT CARA NAK BUKA AKAUN SSPN PRIME UNTUK PTPTN
Berikut merupakan syarat untuk buka akaun SSPN Prime.
- Warganegara Malaysia.
- Pendeposit berumur 18 Tahun ke atas.
- Penerima manfaat mestilah berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun.
- Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri (pelajar IPT), anak kandung, anak jagaan yang sah sahaja.
- Deposit minima RM20 sahaja untuk pembukaan akaun.
CARA NAK BUKA AKAUN SSPN UNTUK PTPTN KEPADA PELAJAR IPT
PANDUAN LENGKAP CARA NAK BUKA AKAUN SSPN UNTUK PTPTN KEPADA PELAJAR IPT.
- Sila layari laman web rasmi BUKA AKAUN SSPN PRIME di pautan ini : https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount.
[PERHATIAN KEPADA PELAJAR] Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN. Mestilah berumur melebihi 18 tahun barulah anda boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “Akaun Untuk Diri Sendiri” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama). Dan jika umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah”).
[UNTUK IBU BAPA] Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai. - Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
- Masukkan Nama Penuh anda.
Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN. [PERHATIAN] : Jika pelajar yang buka akaun SSPN untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 18 tahun keatas (cukup tahun dan bulan).
- Sila pilih keturunan anda.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut Nombor Kad Pengenalan.
- Sila isikan Pekerjaan pendeposit (Jika ibu bapa yang sebagai pendeposit).
- Sila isikan Pendapatan pendeposit (Jika ibu bapa yang sebagai pendeposit).
- Sila masukkan Alamat semasa.
- Sila masukkan Poskod.
- Sila masukkan Nombor Telefon Rumah.
- Sila masukkan Nombor Telefon Bimbit.
- Sila masukkan Email.
- Masukkan nama Penerima Manfaat (Nama Anak/ atau Jagaan).
Jika akaun dibuka untuk diri sendiri (pelajar), pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 3.
- Nombor Kad Pengenalan Pelajar (Jika nama Pendeposit Pelajar sila isi Nombor KP Pelajar).
Jika pendeposit adalah Ibu Bapa pelajar, sila masukkan nama Penerima manfaat dan Kad Pengenalan penerima manfaat adalah anak anda.
- Pilih Jantina.
- Tarikh Lahir (automatik dari jana no KP diatas).
- Nama Waris terdekat (jika ada).
- Nombor Kad Pengenalan Waris (jika ada).
- Nombor Telefon Waris (jika ada).
- Masukkan amaun deposit serendah RM20.00 dan ke atas di ruangan AMAUN(RM).
- Kod Eksekutif PTPTN (jika ada).
- Sila klik tick pada Checkbox.
- Pastikan anda buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.
- Tekan [HANTAR].
- Anda akan dibawa ke Halaman Paparan Bayaran.
- Dipaparkan Nombor Akaun SSPN PRIME anda serta Amaun Deposit yang dimasukkan semasa pendaftaran tadi.
- Tekan [BAYAR].
- Anda dibawa ke pembayaran secara online FPX Payment Gateway untuk buat Pembayaran Deposit.
- Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
[NOTA] Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan ini.
- Sila masukkan alamat Email yang aktif.
- Sila klik tick “I agree with….” dan klik pada butang [Bayar dengan FPX].
- Jika Pembayaran Deposit anda selesai maka Pembukaan Akaun SSPN PRIME Berjaya.
- Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN-i atau dikenali SSPN PRIME (Sekarang) anda telah berjaya.
- Sila cetak / simpan / screenshot paparan [Urusniaga PTPTN Payment Gateway] untuk simpanan atau rujukan akan datang.
- Sila cetak / simpan / screenshot paparan Surat Pengesahan “Akaun Pembukaan Akaun SSPN-I / Makluman No. Akaun SSPN-i” yang dihantar melalui Email atau dihalaman SSPN selepas selesai Pendaftaran untuk diberikan kepada pihak IPT atau rujukan mana-mana pihak terutama kepada pelajar IPT yang ingin membuat pembiayaan PTPTN.
- Selesai. Semoga bermanfaat untuk anda.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan sila hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat kepada anda supaya memudahkan urusan anda untuk buka akaun SSPN-i/SSPN PRIME untuk PTPTN. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pelajaran serta membantu para ibu bapa yang ingin membuka akaun kepada anak-anak.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline SSPN PRIME PTPTN : 03 – 2193 3000.
Sumber rujukan : https://sspni.sspn.my/ dan https://www.ptptn.gov.my/.