CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR ONLINE EBANTUAN MAIJ

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR ONLINE EBANTUAN MAIJ

Kepada rakyat Johor yang layak menerima zakat, kini anda boleh membuat permohonan menerusi online. Untuk makluman anda, pada 16 September 2021 Pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah melancarkan satu portal permohonan secara online iaitu eBantuan MAIJ.

Melalui Portal eBantuan MAIJ ini dapat memudahkan lagi urusan kepada penerima zakat untuk rakyat Johor. Di bawah ini kami terangkan serba sedikit tentang portal yang baru dilancarkan ini.

Baca juga : CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA 2021 [PANDUAN LENGKAP] HANYA SHARE LINK SAHAJA DAPAT KOMISYEN 5 ANGKA SEBULAN

EBANTUAN MAIJ

eBantuan MAIJ adalah portal yang menyediakan perkhidmatan atas talian atau online untuk membuat permohonan zakat di Johor dan juga untuk semak kelulusan bantuan zakat yang dipohon. Menerusi portal ini, anda yang layak menerima zakat tidak lagi perlu ke pejabat zakat dan hanya perlu membuat permohonan dan semakan menerusi portal tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Johor merupakan badan berkanun yang mengurus tadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Johor. Majlis Agama Islam Negeri Johor mempunyai beberapa jenis bantuan yang boleh dipohon oleh orang awam yang layak berdasarkan kepada had kifayah. Jika anda memerlukan bantuan dan layak untuk menerima bantuan, anda boleh memohon bantuan secara online dan lihat senarai bantuan yang boleh dipohon menerusi online di bawah ini.

SENARAI JENIS BANTUAN ZAKAT DI EBANTUAN MAIJ

Berikut merupakan jenis bantuan zakat yang anda boleh memohon di eBantuan MAIJ.

  1. Bantuan Sara Hidup
  2. Bantuan Perubatan Pelbagai
  3. Bantuan Dialisis
  4. Bantuan Segera

SYARAT MOHON BANTUAN ZAKAT DI EBANTUAN MAIJ

Berikut adalah syarat mohon bantuan zakat di eBantuan MAIJ mengikut jenis bantuan yang disediakan.

BANTUAN SARA HIDUP

JENIS BANTUANSYARAT PERMOHONAN BANTUAN
BANTUAN SARA HIDUP 1. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.
3. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
4. Pemohon dan pasangan bekerja mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah.
5. Pemohon tidak mempunyai waris atau ada waris tetapi tidak mampu membantu.
6. Pemohon bukan dari pada kalangan peneroka Felda atau peserta Felcra.
BANTUAN PERUBATAN1. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak lain.
3. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
4. Pesakit mestilah mendapat rawatan di Hospital Kerajaan sahaja.
BANTUAN DIALISIS1. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PERKESO atau mana-mana pihak lain.
3. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
BANTUAN SEGERA1. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
3. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.

TAKRIF FAKIR DAN MISKIN ZAKAT JOHOR

TAKRIF FAKIRTAKRIF MISKIN
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang boleh memenuhi keperluan asas (daruriat) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan (hajiat) dan bukan keperluan kemewahan (tahsiniat), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit. Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya.Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi (daruriat) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya. Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian (50%) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya.

CARA DAFTAR PENGGUNA BARU EBANTUAN MAIJ

[PERHATIAN] : Jika anda pengguna kali pertama sila buat pendaftaran pengguna eBantuan MAIJ terlebih dahulu sebelum anda melakukan permohonan seperti di bawah ini.

Cara daftar pengguna adalah :

  1. Sila masuk ke laman web rasmi DAFTAR EBANTUAN MAIJ di pautan ini : https://ebantuan.maij.gov.my/register.
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Masukkan Nama Penuh anda.
  4. Masukkan Nombor Telefon anda.
  5. Masukkan Emel anda.
  6. Pilih Jantina.
  7. Masukkan Alamat Tempat Tinggal anda.
  8. Tekan [Seterusnya].
  9. Anda akan dibawa ke Maklumat Login.
  10. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Nama Pengguna.
  11. Cipta Kata laluan anda.
  12. Taip sekali lagi Kata laluan anda yang dicipta tadi.
  13. Tekan [Seterusnya].
  14. Anda akan dibawa ke halaman Perakuan/Terma.
  15. Tick “Saya setuju”.
  16. Tekan [Daftar].
  17. Pendaftaran anda berjaya.
  18. Sila Sign In atau Log Masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan semasa pendaftaran.
  19. Sign In atau Log Masuk EBANTUAN MAIJ di pautan ini : https://ebantuan.maij.gov.my/login.
  20. Teruskan membuat permohonan seperti panduan di bawah ini.

CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR ONLINE EBANTUAN MAIJ

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR ONLINE EBANTUAN MAIJ.

  1. Sila layari laman web rasmi EBANTUAN MAIJ di pautan ini : https://ebantuan.maij.gov.my/.

  2. Tekan [MOHON SEKARANG].

  3. Sila pilih Jenis Bantuan Zakat yang mana anda mahu daripada 4 jenis bantuan yang disediakan.

  4. Contohnya anda pilih Bantuan Perubatan.

  5. Tekan [BANTUAN PERUBATAN]

  6. Anda akan dibawa ke halaman Syarat Permohonan. Sila baca syarat yang dinyatakan dan pastikan anda memenuhi syarat yang dinyatakan.

  7. Tekan [SETERUSNYA].

  8. Sila isi Maklumat anda di bahagian Maklumat Pemohon.

  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau tekan [Semak] jika sudah ada di dalam sistem.

  10. Masukkan Nama anda.

  11. Tarikh Lahir anda.

  12. Pilih Jantina.

  13. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.

  14. Masukkan Emel anda.

  15. Masukkan Alamat anda.

  16. Masukkan Nombor Akaun Bank anda berdasarkan Nama Bank yang anda pilih.

  17. Pilih Nama Bank.

  18. Tekan [Seterusnya].

  19. Anda akan dibawa ke halaman Perincian Pemohon.

  20. Sila pilih Kategori Sebab.

  21. Sila masukkan keterangan permohonan secara terperinci. Maksima 2000 aksara.

  22. Pilih Cawangan MAIJ Pilihan.

  23. Sila masukkan Gambar Dokumen Sokongan yang diminta di bahagian Dokumen Sokongan.

  24. Jika anda sudah masukkan Gambar Dokumen Sokongan sila tekan [Seterusnya].

  25. Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang anda berikan adalah benar kerana Zakat adalah patut diberi kepada hanya mereka yang layak dan jika anda sememangnya layak sila tick “Saya bersetuju dengan terma dan syarat permohonan bantuan.”.

  26. Tekan [Hantar].

  27. Sila Cetak Slip Permohonan Zakat Johor Online EBANTUAN MAIJ untuk tujuan rujukan atau jika diminta untuk pos sila simpan dan cetak 2 salinan satu untuk simpan dan satu lagi untuk dihantar.

  28. Nota : Pastikan anda simpan Nombor Permohonan Zakat eBantuan MAIJ yang diberikan kepada anda setelah selesai permohonan ianya boleh lihat di Slip Permohonan anda. Tujuannya untuk membuat semakan kelulusan permohonan anda.

  29. Permohonan EBANTUAN MAIJ anda selesai. Untuk semakan sama ada permohonan anda lulus atau tidak sila lihat panduan di bawah ini.

CARA SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT JOHOR ONLINE EBANTUAN MAIJ

Berikut merupakan cara buat semakan status kelulusan permohonan bantuan zakat Johor online di eBantuan MAIJ.

  1. Sila layari laman web rasmi untuk semak bantuan zakat Johor di EBANTUAN MAIJ di URL ini : https://ebantuan.maij.gov.my/main#services.
  2. Sila masukkan Nombor Permohonan Bantuan anda. Contohnya : 01A20210000xxxx (Selain Bantuan Segera)/ 01BS20210000xx (Bantuan Segera).
  3. Untuk semak lebih terperinci sila Log In masuk terlebih dahulu.
  4. Tekan [Semak].
  5. Status permohonan Bantuan Zakat Johor eBantuan MAIJ akan dipaparkan sama ada lulus, dalam proses atau tidak berjaya.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, sila hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat berdasarkan sumber laman web eBantuan MAIJ. Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Zakat Johor dan memberi manfaat kepada anda.

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok B,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Bahagian Sistem eMAIJ : +6 (07) 228 2929

Kaunter MAINJ DAERAH : http://www.maij.gov.my/hubungi/daerah-daerah.

Leave a Comment