aplikasi myubat

APLIKASI MYUBAT : CARA AMBIL UBAT MELALUI TEMUJANJI DAN POS OLEH KKM MALAYSIA [PANDUAN LENGKAP]

APLIKASI MYUBAT : CARA AMBIL UBAT MELALUI TEMUJANJI DAN POS OLEH KKM MALAYSIA [PANDUAN LENGKAP]

Untuk makluman anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan satu apps atau aplikasi yang di panggil MyUbat untuk kegunaan pesakit supaya dapat mengambil ubat secara temujanji dan juga melalui pos.

Aplikasi atau apps ini dibangunkan supaya dapat memudahkan urusan pengambilan ubat kepada pesakit dikala waktu pandemik Covid19 ini. Dengan adanya sistem seperti ini dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital dan juga Klinik serta dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid19 kepada pesakit ataupun kepada kakitangan.

Oleh itu, jika anda adalah pesakit atau mempunyai ibu bapa atau kenalan yang sentiasa memerlukan bekalan ubat disarankan menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan anda dan lebih sistematik.

Baca juga : CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE GUNA APPS MYASNB TIDAK PERLU KE KAUNTER

MYUBAT

MyUbat adalah aplikasi atau apps yang dibangunkan oleh pihak KKM untuk menyenangkan para pesakit yang ingin mendapatkan bekalan ubat di Hospital dan Klinik KKM memantau bekalan ubat dan penggunaan ubat-ubatan dengan lebih mudah melalui telefon pintar. MyUbat juga untuk mendapatkan bekalan susulan ubat-ubatan daripada Program Perkhidmatan Farmasi di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk makluman anda, aplikasi atau apps ini diuruskan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dan segala maklumat peribadi yang didaftarkan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

KEGUNAAN APLIKASI MYUBAT

Berikut adalah kegunaan dan fungsi aplikasi MyUbat ini.

  • Buat Temujanji Farmasi.
  • Permohonan Penghantaran Ubat Melalui Pos

Kegunaan yang pertama adalah aplikasi MyUbat berfungsi membolehkan pesakit membuat temujanji atau appointment farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat dari Klinik atau Hospital. Pesakit hanya perlu datang pada tarikh dan masa temujanji yang telah dibuat dan pegawai farmasi akan menyediakan terus ubat yang diperlukan oleh pesakit tersebut berdasarkan rekod kesihatan pengguna di dalam aplikasi MyUbat. Ini dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengambilan ubat kepada pesakit. Tidak lagi perlu menunggu waktu yang lama seperti sebelum ini.

Kegunaan yang kedua adalah aplikasi MyUbat berfungsi membolehkan pesakit membuat permohonan penghantaran ubat melalui pos untuk pesakit yang sudah mempunyai preskripsi doktor. Dimana ubat tersebut terus di pos ke rumah pesakit atau pemohon dan pesakit atau pemohon hanya perlu membayar caj penghantaran (COD) sahaja secara tunai kepada pihak kurier. Senang kan.

DOWNLOAD ATAU MUAT TURUN APLIKASI MYUBAT

Berikut adalah cara dan pautan atau link untuk anda download atau muat turun aplikasi MyUbat.

  1. Sila layari laman web rasmi MyUbat di pautan ini : https://www.pharmacy.gov.my/myubat/index.php.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Perkhidmatan Nilai Tambah MyUbat.
  3. Sila tekan icon [DOWNLOAD ON THE APP STORE] untuk pengguna IOS (Iphone).
  4. Sila tekan icon [GET IT ON GOOGLE PLAY] untuk pengguna Android (Samsung/Oppo Dll).
  5. Sila tekan icon [EXPLORE IT ON APP GALLERY] untuk pengguna Huawei. (HP Huawei).
  6. Pastikan anda download dan daftar sebagai pengguna kali pertama.

Baca juga : CARA BUAT TEMUJANJI LHDN ONLINE GUNA E-JANJITEMU UNTUK SEMAKAN STATUS DAN BAYARAN SERTA PENUNAIAN WAKIL BPR DAN BKC

CARA BUAT TEMUJANJI DAN MOHON PENGAMBILAN UBAT MELALUI POS GUNA APLIKASI MYUBAT

PANDUAN LENGKAP CARA BUAT TEMUJANJI DAN MOHON PENGAMBILAN UBAT MELALUI PSO GUNA APLIKASI MYUBAT.

  1. Sila Download atau Muat Turun Apps atau Aplikasi MyUbat seperti di panduan di atas.

  2. Jika anda sudah Download dan Muat Turun Aplikasi MyUbat, sila buat Pendaftaran Pengguna Kali Pertama.

  3. Di Halaman Log Masuk, sila tekan [Log Masuk Kali Pertama].

  4. Sila masukkan Butiran Profil Diri.

  5. Pilih dan Tick sama ada pesakit adalah Warganegara atau Bukan Warganegara.

  6. Masukkan Nama Pesakit.

  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pesakit.

  8. Tekan Pilih Hospital/Klinik yang berdekatan atau yang pesakit inginkan untuk membuat temujanji atau memohon pengambilan ubat secara pos.

  9. Pilih Negeri Hospital/Klinik yang anda mahukan.

  10. Pilih Hospital di Negeri anda mahukan.

  11. Masukkan Nombor MRN. Nombor MRN boleh dirujuk pada label ubat atau kad temu janji pesakit. Boleh lihat gambar di bawah.

    NOMBOR MRN MYUBAT

  12. Tekan [SETERUSNYA].

  13. Masukkan Emel.

  14. Sila Set Kata Laluan.

  15. Ulang Kata Laluan yang anda set di atas.

  16. Tekan [Masuk].

  17. Anda akan menerima notifikasi seperti ini “MyUbat ingin menghantar notifikasi kepada anda…”.

  18. Tekan [OK].

  19. Anda akan dibawa ke Halaman Utama MyUbat-Bekalan.

  20. Nama Hospital yang anda pilih semasa pendaftaran akan dipaparkan di sini jika ingin tukar ke Hospital/Klinik lain tekan butang [Tukar] sebelah kanan anda.

  21. Di Halaman MyUbat-Bekalan anda boleh Pilih Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi sama ada Ubat Melalui Pos (UMP) atau Sistem Temu Janji Farmasi.

  22. Jika anda ingin membuat Temujanji Pengambilan Bekalan Ubat sila tekan [Sistem Temu Janji Farmasi].

  23. Anda diminta untuk mohon perkhidmatan temujanji ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum bekalan ubat anda habis.

  24. Tekan [Mohon Perkhidmatan].

  25. Anda akan dibawa ke Borang Perkhidmatan Sistem Temu Janji Farmasi.

  26. Sila tekan [Set Tarikh]. Sebelum itu, pastikan anda semak butiran Hospital, Nama Pesakit, No KP Pesakit dan No MRN Pesakit adalah betul seperti yang anda daftarkan.

  27. Sila pilih Tarikh yang anda ingin membuat temujanji pengambilan ubat menerusi MyUbat.

  28. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan Gambar Preskripsi/Surat Ubat/Farmasi (Depan) dan Gambar Preskripsi/Surat Ubat/Farmasi (Belakang). Rujuk contoh yang diberikan di dalam aplikasi atau apps MyUbat anda.

  29. Tekan [Tambah Gambar] untuk anda memasukkan 2 Gambar di atas.

  30. Sila tulis Nota atau Pesanan di bahagian Nota Pesanan. (Jika ada).

  31. Tekan [Hantar].

  32. Permohonan TemuJanji MyUbat anda telah berjaya didaftarkan dan anda diminta hadir pada tarikh yang anda telah tempah atau book tadi.

  33. Seterusnya, untuk mendapatkan Bekalan Ubat Melalui Pos (UMP) , sila tekan [Ubat Melalui Pos (UMP)].

  34. Untuk makluman anda, perkhidmatan pos ubat ditawar bagi kiriman ubat pesakit di dalam lingkungan liputan penyedia kurier Pos Laju di Malaysia.

  35. Tekan [Mohon Perkhidmatan].

  36. Anda akan dibawa ke Halaman Borang UMP iaitu Borang Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

  37. Tekan [Set Alamat] di bahagian Alamat Penghantaran.

  38. Sila masukkan Alamat Kediaman Pesakit berada.

  39. Tekan [Seterusnya].

  40. Tekan [Set Tarikh] di bahagian Tarikh Jumpa Doktor Akan Datang.

    Sila masukkan tarikh pesakit jumpa Doktor yang akan datang.

  41. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan Gambar Preskripsi/Surat Ubat/Farmasi (Depan) dan Gambar Preskripsi/Surat Ubat/Farmasi (Belakang). Rujuk contoh yang diberikan di dalam aplikasi atau apps MyUbat anda

  42. Tekan [Tambah Gambar] untuk anda memasukkan 2 Gambar di atas.

  43. Sila tulis Nota atau Pesanan di bahagian Nota Pesanan. (Jika ada).

  44. Pastikan anda Tick “Dengan in saya berjanji akan membuat bayaran kepada wakil Pos Laju sebaik sahaja serahan ubat diterima melalui Pos Laju.

  45. Tekan [Hantar].

  46. Permohonan Bekalan Ubat Melalui Pos anda telah didaftarkan. Anda akan dihantar notifikasi melalui aplikasi atau apps MyUbat dan bersedia untuk membuat bayaran pos kepada Pos Laju apabila menerima ubat tersebut.

  47. Selesai. Semoga urusan anda dipermudahkan.

SENARAI UBAT BOLEH POS MELALUI MYUBAT

Berikut adalah senarai ubat yang boleh guna pos melalui MyUbat. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Ubat Melalu Pos (UMP) ditawar bagi kiriman ubat pesakit di dalam lingkungan liputan Pos Laju di Malaysia.

  • Ubat Tablet
  • Ubat Kapsul

Senarai Ubat yang tidak boleh dipos adalah seperti di bawah :

  • Ubat simpanan peti sejuk
  • Ubat cecair
  • Ubat psikotropik
  • Inhaler jenis aerosol

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan dan persoalan serta masalah anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat dan panduan cara buat temujanji dan cara mohon ubat melalui pos guna MyUbat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga ataupun kenalan anda.

Sila emel ke : [email protected]

Leave a Reply