CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE GUNA APPS MYASNB TIDAK PERLU KE KAUNTER
Untuk makluman anda, sebelum ini jika ingin open account atau buka akaun Amanah Saham Berhad (ASB), anda seharusnya pergi ke kaunter atau pejabat ASB ataupun di Pejabat Pos. Kini, anda tidak lagi perlu ke kaunter kerana terdapat berita baik untuk anda dari pihak ASBN bahawasanya anda boleh buka atau open akaun hanya melalui online sahaja.
Baca juga : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Penambahan Had Pengeluaran RM1000
Ini merupakan inisiatif yang sangat menarik dan terbaik kepada rakyat Malaysia yang masih lagi belum mempunyai akaun ASB. Peluang ini mesti diambil oleh mereka yang tidak sempat ke kaunter atau Pejabat Pos untuk buka akaun.
Jadi di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk anda buka akaun ASB atau open account ASB secara online sahaja.
Sebelum itu, pastikan anda download atau muat turun dahulu apps MYASNB. Sila lihat di bawah.
CARA DOWNLOAD ATAU MUAT TURUN APPS ATAU APLIKASI MYASNB
Untuk pengetahuan anda, bagi proses pembukaan akaun ASB online anda mesti download atau muat turun terlebih dahulu kerana panduan di bawah nanti kita akan gunakan apps atau aplikasi myASNB untuk buka akaun. Di bawah ini kami sediakan kepada anda link untuk anda cara download atau muat turun apps atau aplikasi myASNB.
- DOWNLOAD ATAU MUAT TURUN APPS ATAU APLIKASI MYASNB ANDROID : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en&gl=US.
- DOWNLOAD ATAU MUAT TURUN APPS ATAU APLIKASI MYASNB IOS : https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347.
Jika anda sudah selesai download atau muat turun aplikasi atau apps myASNB, sila ikuti panduan lengkap open account ASB online di bawah ini.
CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE ATAU OPEN ACCOUNT ASB ONLINE.
- Sila buka apps atau aplikasi myASNB anda.
- Anda akan di bawa ke paparan utama, sila tekan Daftar.
- Pilih Jenis ID (IC Baru/New IC Number).
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan Nombor ID.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Selepas itu, pastikan anda sediakan perkara di bawah untuk mendaftar.
Perkara yang anda perlu sediakan untuk pendaftaran online ASB adalah Gambar MyKad anda, Maklumat Peribadi dan Maklumat Akaun Bank anda.
- Tick “Saya mengakui bahawa saya telah membaca,memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat”.
- Tekan Seterusnya.
- Anda akan di bawa ke Pengesahan Nombor Telefon. Kata Laluan Sekali Guna (OTP) telah di hantar ke Nombor Telefon anda.
- Sila masukkan Nombor OTP tersebut.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Maklumat Peribadi.
- Lengkap dan sila masukkan Maklumat Peribadi anda di bahagian ini berdasarkan Kad Pengenalan anda.
Pastikan Nama anda sama dengan Kad Pengenalan anda dan pastikan anda masukkan Maklumat Akaun anda dengan betul dan tepat.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Pilih Jantina.
- Pilih Bangsa.
- Pilih Agama.
- Masukkan Tarikh Lahir anda.
- Alamat anda.
- Negara anda.
- Negeri anda.
- Banda anda.
- Poskod anda.
- Masukkan Emel anda.
- Sila pilih Nama Bank anda.
- Masukkan Nombor Akaun (Akaun Sendiri).
- Tick “YA” atau “TIDAK” Ingin menerima bahan pemasaran daripada ASNB.
- Tekan Teruskan.
- Tekan “Ya” atau “Tukar” untuk Pengesahan Akaun Bank.
- Anda akan di bawa ke Pengisytiharan Diri.
- Pilih Warganegara anda sama ada Malaysia atau Lain-lain.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Malaysia.
- Pilih Ya atau Tidak Dilahirkan di Malaysia.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Cukai Asing.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Cukai AS.
- Tekan Seterusnya.
- Anda akan di bawa ke Maklumat Pekerjaan.
- Sila pilih Kategori Profil.
- Sila pilih Kategori Pekerjaan.
- Pilih Nama Pekerjaan anda.
- Pilih Sektor Pekerjaan anda.
- Masukkan Nama Majikan anda.
- Pilih Pendapatan Bulanan anda (kecuali yang tidak bekerja).
- Tick bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
- Tekan Hantar.
- Anda akan di bawa ke Pengesahan Identiti.
- Ambil Gambar Bahagian Hadapan MyKad/Kad Pengenalan anda dan Upload.
- Ambil Gambar Bahagian Belakang MyKad/Kad Pengenalan anda dan Upload.
- Tekan Teruskan.
- Sila Rakam video swafoto anda.
Anda diperlukan untuk menggerakkan kepala dan bercakap dalam 2 video yang berbeza.
- Tekan Hantar Video.
- Seterusnya, anda di bawa ke Tetapkan Akaun anda.
- Sila masukkan Nama Pengguna.
- Cipta Frasa Keselamatan anda.
- Cipta Kata Laluan anda.
- Taip sekali lagi Kata Laluan anda di Sahkan Kata Laluan.
- Tekan Teruskan.
- Anda akan di bawa ke Keselamatan Akaun.
- Sila pilih 3 Soalan dan 3 Jawapan bagi Soalan anda tadi untuk tujuan keselamatan.
- Tekan Selesai.
- Tahniah! Pendaftaran akaun anda berjaya!
- Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang anda cipta tadi.
- Anda boleh memulakan pelaburan ASB serendah RM10 SAHAJA.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan dengan cara nak buka akaun ASB online ini, anda boleh rujuk pihak yang berwajib di bawah ini. Kami hanya berkongsi maklumat dan informasi untuk memudahkan carian anda serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sumber rujukan Youtube myASNB : https://www.youtube.com/watch?v=a2-GTQgytgQ.
Untuk rujukan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my.