CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) GredDG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Baca juga : Jika anda sudah menerima 2 Dos Lengkap Vaksin dan mempunyai Sijil Digital anda boleh TEBUS VAUCER KFC DAN PIZZA HUT BELI 1 PERCUMA 1 TERHAD KEPADA 580 000 ORANG. Cara tebus di sini : Cara Tebus KFC Vaksin dan Cara Tebus PIZZA HUT Vaksin.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE ATAU GURU KONTRAK DG41 2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 ATAU GURU KONTRAK 2021
10 Oktober 2021 (Ahad) sebelum jam 11.59 malam.

IKLAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:

  1. Sekolah Kebangsaan (SK).
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  3. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).

SYARAT KELAYAKAN MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021 CONTRACT OF SERVICE ATAU GURU KONTRAK DG41

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50.
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
  • Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
  • Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
  • Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
  1. Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai.
  2. Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut.
  3. Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

MAKLUMAT JAWATAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 ATAU GURU KONTRAK 2021

  1. Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).
  2. Gaji permulaan RM 2,188.00.
  3. Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016.
  4. Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

[PERHATIAN]: UNTUK RUJUKAN PENUH IKLAN PENGAMBILAN KHAS PPP DG41 INI SILA RUJUK PDF IKLAN DI SINI : PDF PPP GRED 41 2021.

Untuk permohonan PPP DG41 ini anda perlu menggunakan MYPDPP. Di bawah ini kami jelaskan apa itu MYPDPP.

MYPDPP

myPDPP dibangunkan bagi membolehkan Permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara dalam talian. Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab pemohon untuk memastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIK GRED DG41.

  1. Sila layari laman web rasmi MYPDPP di pautan ini : https://mypdpp.moe.gov.my/.

  2. Anda akan dibawa ke paparan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

  3. Sila pergi ke ruangan Log Masuk Permohonan.

  4. Sila tekan Icon Lelaki + untuk Daftar Permohonan Baru.

  5. Anda akan dibawa ke Daftar ID/Masuk.

  6. Sila isi Butiran Maklumat Asas yang diminta.

  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-).

  8. Isi Nama Penuh anda seperti Kad Pengenalan anda.

  9. Sila masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.

  10. Masukkan Alamat Emel anda.

  11. Lengkapkan Bahagian Soalan Keselamatan Untuk Tujuan Reset Kata Laluan.

  12. Masukkan Nama Ibu anda di Soalan Pertama.

  13. Tulis sekali lagi Nama Ibu anda untuk pengesahan di Sahkan Nama Ibu Pemohon.

  14. Lengkapkan Butira di Maklumat Kata Laluan.

  15. Cipta Kata Laluan/Password anda.

  16. Tulis sekali lagi Kata Laluan yang anda cipta di ruangan Sahkan Kata Laluan.

  17. Tick “Saya telah membaca dan memahami syarat dan permohonan”.

  18. Tekan “Ya, Daftar Permohonan”.

  19. Anda akan dipaparkan “Tahniah ..ID Pengguna baharu telah didaftarkan di Pangkalan Data Permohonan (myPDPP) Sila simpan ID (No. Kad Pengenalan) dan KATA LALUAN bagi proses Permohonan dan Pengemaskinian”.

  20. Seterusnya, sila login MYPDPP di pautan ini : https://mypdpp.moe.gov.my/index.cfm.

  21. Pergi ke LOG MASUK PERMOHONAN.

  22. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  23. Masukkan Kata Laluan anda cipta semasa pendaftaran tadi.

  24. Tekan “HANTAR”.

  25. Anda akan dibawa ke MENU UTAMA>PENGENALAN.

  26. Pergi ke PROFIL PEMOHON sebelah kiri anda dan tekan SEMAKAN KELAYAKAN.

  27. Anda akan dibawa ke PROFIL PEMOHONAN>SEMAKAN KELAYAKAN.

  28. Sila isi MAKLUMAT IKHTISAS DAN AKADEMIK (1).

  29. Sila isi AKADEMIK (2).

  30. Sila lengkapkan MAKLUMAT PERMOHONAN.

  31. Sila isi MAKLUMAT PEMOHON.

  32. Sila isi MAKLUMAT PASANGAN/WARIS.

  33. Sila isi MAKLUMAT PENGALAMAN BERTUGAS.

  34. Sila isi MAKLUMAT KORIKULUM (Sila masukkan peringkat penglibatan tertinggi).

  35. Jika anda sudah lengkap semua butiran yang diperlukan di atas, sila Simpan & Terus Permohonan.

  36. Tekan SIMPAN & TERUS PERMOHONAN.

  37. Seterusnya, anda akan dibawa ke PROFIL PEMOHON>PERMOHONAN OPSYEN.

  38. Untuk makluman anda, jika SEMAKAN AKADEMIK MENUNJUKKAN ANDA GAGAL akan keluar status seperti ini “HARAP MAAF .. PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DITERUSKAN KERANA SEMAKAN AKADEMIK MENUNJUKKAN ANDA GAGAL MEMENUHI SYARAT PELANTIKAN PPP GRED DG41 TERIMA KASIH KERANA BERMINAT MENJADI GURU”.

  39. Dan jika anda melepasi syarat kelayakan Akademik anda boleh terus membuat permohonan di bahagian PROFIL PEMOHON>PERMOHONAN OPSYEN.

  40. Anda perlu memilih 2 Pilihan Bidang yang anda mahukan dan Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan anda. (JIKA ANDA MEMOHON PELANTIKAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 CONTRACT SILA LIHAT BUTIRAN OPSYEN YANG DI TAWARKAN DI DALAM ARTIKEL INI PASTIKAN ANDA MEMILIH OPSYEN YANG DISEDIAKAN UNTUK PENGAMBILAN KHAS INI).

  41. Tekan SIMPAN & PENGESAHAN.

  42. Anda akan dibawa ke PROFIL PERMOHONAN>PENGESAHAN PERMOHONAN.

  43. Pastikan anda sudah semak semua borang maklumat dan lengkapkan maklumat dengan betul sebelum anda sahkan dan pastikan semua maklumat yang anda masukkan adalah benar dan tepat.

  44. Sila SAHKAN PERMOHONAN anda ini.

  45. Sila CETAK Borang Permohonan anda ini untuk rujukan semasa sesi Temuduga nanti.

  46. Untuk makluman anda, Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service).

  47. Selesai Permohonan Guru Kontrak DG41. Semoga anda berjaya mendapat tempat temuduga dan berjaya menjadi seorang guru yang berkhidmat melahirkan bangsa yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.

  48. Best of Luck FOR YOU!

RUJUKAN

Jika anda mempunyai persoalan dan pertanyaan berkaitan dengan IKLAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 , sila hubungi pihak di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi manfaat bagi memudahkan anda membuat permohonan. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan dan memberi manfaat kepada anda.

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM

Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

Nombor Telefon : 03-03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733

e-Mail : jpp@ipgm.edu.my

Nombor Fax : 03-8312 6655

30 thoughts on “CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021”

  1. saya nak tanya kenapa apabila saya cuba login main page dia refresh semula? katanya sama ada id/password salah ataupun saya tidak dibenarkan mengakses sistem mypdpp. tapi id dan password saya dah betul.

    Reply
  2. sembang kosong kot IPG ni…nak akses opsyen dah seminggu tak dpt…calll tak angkat….email tak reply…hmmmmmmm…arini last dah nak mohon still x dpt nak pilih opsyen..

    Reply
  3. Saya tak dapat login masuk sedangkan id dan password saya betul. Saya dah cuba banyak kali. Masih gagal masuk. Terdapat feedback menyatakan saya tidak dibenarkan mengekses mymohon atau id/password saya salah.
    Saya dah cuba banyak kali.
    Sekarang permohonan dah ditutup.
    Kenapa begitu. Tidak dapat tolong saya.

    Reply

Leave a Comment