PANDUAN LENGKAP REGISTER GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA UNTUK KEDAI ATAU RESTORAN
Untuk makluman kepada pemilik kedai makan atau restoran di Malaysia, anda sebenarnya boleh meningkatkan lagi jumlah jualan dan juga jumlah pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan Grabfood.
Mungkin masih ramai lagi pemilik kedai atau restoran yang masih tidak tahu bahawasanya Grab juga mempunyai perkhidmatan seperti FoodPanda. Untuk Grab dikenali sebagai GrabFood.
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana GrabFood juga mempunyai rangkaian pelanggan yang sedia ada begitu besar dan potensi untuk anda mendapatkan pelanggan lebih banyak itu sangat besar.
Oleh itu, di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk daftar GrabFood Merchant kepada anda. Sebelum itu, ketahui dulu apa itu GrabFood Merchant ni. Di bawah ini kami jelaskan secara ringkas untuk pengetahuan anda serba sedikit.
Baca juga : CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021
GRABFOOD MERCHANT
GrabFood Merchant adalah tempat untuk anda mendaftar atau register atau memohon sebagai penjual makanan di dalam aplikasi GrabFood. Anda boleh mendaftar atau register atau memohon untuk kedai atau restoran anda supaya dimasukkan di dalam apps GrabFood.
Sila rujuk Panduan Lengkap di bawah ini untuk register atau memohon sebagai GrabFood Merchant.
PANDUAN LENGKAP REGISTER GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA
Di bawah ini adalah PANDUAN LENGKAP REGISTER ATAU DAFTAR ATAU MOHON GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA UNTUK KEDAI ATAU RESTORAN ANDA.
- Sila layari laman web rasmi GRABFOOD MERCHANT di pautan ini : https://www.grab.com/my/merchant/food/.
- Anda akan dibawa ke paparan Utama GrabFood Merchant.
- Sila lihat di “Berminat untuk mendaftar restoran anda dengan GrabFood?”.
- Sila isikan Maklumat Restoran anda diruangan tersebut dan pihak GrabFood Merchant akan menghubungi anda dengan segera melalui emel.
- Masukkan Nama Restoran anda.
- Masukkan Nama Penuh anda seperti di Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Alamat Emel anda.
- Masukkan Alamat Restoran anda.
- Masukkan Poskod Restoran anda berada.
- Pilih Negeri Restoran anda berada.
- Pilih Bandar Restoran anda berada.
- Masukkan Page Facebook atau Website Restoran (JIKA ADA).
- Masukkan Jumlah Cawangan yang anda ada (JIKA ADA).
- Masukkan Jenis Selera Masakan Restoran anda.
- Sila pilih Purata Harga makanan di restoran anda.
- Sila pilih dimana anda tahu tentang GrabFood Merchant ini.
- Tick semua Terma dan Syarat atau Privacy Policy.
- Tick ReCapchta.
- Tekan “SUBMIT”.
- Apabila anda berjaya register atau membuat pendaftaran, pihak GrabFood Merchant akan hantar emel kepada anda.
- Emel yang dihantar adalah untuk menyelesaikan pendaftaran anda di GrabFood Merchant.
- Pastikan anda selalu semak emel anda selepas pendaftaran dibuat.
- Jika anda telah menerima Emel dari pihak GrabFood Merchant, sila sahkan emel tersebut.
- Pada email anda akan tertera, tekan pada “Online Registration Form” dan gunakan kod laluan yg telah diberikan. Tujuannya adalah untuk menyempurnakan pendaftaran anda.
- Ikuti langkah-langkah berikutnya untuk menghantar menu anda yang terbaru dan lengkap, serta tandatangan kontrak dengan Grab sebagai GrabFood Merchant.
Lengkapkan borang rakan niag.
GradFood akan mengesahkan dokumen dan menyediakan kontrak.
Anda akan menandatangani kontrak.
Proses pengesahan GradFood.
Gradfood akan menghubungi anda untuk latihan.
GradFood akan mengaktifkan restoran anda. - Jika resotran anda sudah berjaya di register atau di daftarkan, pihak Grab memasukkan maklumat tentang perniagaan anda di apps atau aplikasi mereka.
- Anda akan menerima tablet khas untuk menerima tempahan daripada GrabFood.
- Selesai. Semoga Restoran atau Kedai anda semakin maju dan berjaya.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN UNTUK REGISTER ATAU DAFTAR GRABFOOD MERCHANT
- Salinan dokumen perniagaan – Borang SSM D atau 9,24,49
- Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang) – (pengarah UBO mesti mempunyai bahagian minimum 25% pada SSM)
- Salinan penyata akaun bank
- Salinan logo jenama
- Salinan foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenama
- Salinan menu di kedai dengan harga
- Alamat emel Gmail (gmail unik untuk setiap outlet untuk Log masuk Peranti)
- Salinan Lesen Perniagaan (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Polisi Insurans (Sekiranya berkenaan)
RUJUKAN
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pun pertanyaan anda boleh hubungi pihak GrabFood di bawah ini. Pihak kami hanya kongsikan kepada anda maklumat dan informasi serta memudahkan pihak anda untuk membuat pendaftaran sebagai GrabFood Merchant.
Grab Malaysia
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Untuk hubungi Grab Malaysia : https://help.grab.com/passenger/en-my/.