CARA BUAT TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE UNTUK PEMBUKAAN AKAUN PELAJAR 2021
Untuk makluman pelanggan Bank Islam, pihak Bank Islam telah mengumumkan bahawasanya segala urusan berkaitan dengan pembukaan akaun mestilah dibuat temujanji terlebih dahulu. Hal ini kerana, pihak Bank Islam sedia maklum bahawa cawangan Bank Islam di seluruh negara sedang mengalami pertambahan jumlah pelanggan yang tinggi. Oleh itu, terdapat sedikit kelewatan untuk mendapatkan layanan demi mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pertambahan jumlah pelanggan ini disebabkan oleh pelajar IPT yang ingin membuka akaun bagi melanjutkan pelajaran mereka di Universiti terpilih. Oleh itu, diharap semua pelanggan boleh membuat appointment terlebih dahulu sebelum ke kaunter untuk membuat pembukaan akaun.
Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk buat appointment atau temujanji Bank Islam secara online.
BACA JUGA : SEMAK BAKI AKAUN BANK ISLAM MELALUI ONLINE
CARA BUAT TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE BUKA AKAUN PELAJAR [PANDUAN LENGKAP]
PANDUAN LENGKAP CARA BUAT TEMUJANJI BANK ISLAM.
- Sila layari laman web TEMUJANJI BANK ISLAM di pautan ini : https://vao.bankislam.com.my/sales/.
- Anda akan di bawa ke halaman Bank Islam Contact Form.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Email anda.
- Masukkan Nombor Office (jika ada).
- Nota : Sila isikan ruangan “office” dengan akaun pelajar/student account untuk memudahkan urusan pembukaan akaun pelajar.
- Pilih Perkhidmatan yang anda mahukan di Pilihan Product.
- Untuk Pembukaan Akaun Basic, Sila pilih Basic Savings Account.
- Pilih Cawangan yang anda ingin berurusan di bahagian Nearest Branches.
- Klik Send.
- Akan keluar Pop Up Pegawai Bank Islam akan menghubungi anda untuk memberi Tarikh dan Waktu Temujanji anda.
- Selesai.
WAKTU OPERASI TERKINI BANK ISLAM
Untuk makluman anda, demi memberi perkhidmatan terbaik pihak Bank Islam telah melanjutkan waktu operasi cawangan Bank Islam bermula 26 September 2021 seperti maklumat di bawah ini.
NEGERI | HARI | WAKTU OPERASI |
Semenanjung Malaysia | Isnin – Jumaat | 9.30 Pagi – 4.30 Petang |
Kelantan & Terengganu | Ahad – Khamis | 9.30 Pagi – 4.30 Petang |
Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Isnin – Jumaat | 9.00 Pagi – 4.00 Petang |
RUJUKAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak Bank Islam di bawah ini. Pihak kami hanya kongsikan maklumat untuk memudahkan urusan anda dan memberi manfaat kepada anda dengan menyediakan informasi yang berguna dan berfaedah.
Untuk pertanyaan, sila hubungi di 03 26 900 900 atau melalui akaun media sosial rasmi Bank Islam iaitu Facebook Bank Islam.