semak bpr b40 2021

SEMAK BPR B40 2021 : CARA CHECK STATUS ONLINE BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

SEMAK BPR B40 2021 : CARA CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Sepertimana yang sedia maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diberikan kepada mereka yang berkelayakan menerusi syarat-syarat tertentu. BPR diberikan secara 3 Fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Untuk fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai diagihkan atau telah pun dikredit masukkan bayaran bantuan tersebut kepada penerima yang berstatus lulus.

Untuk fasa 3 pula telah mula dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 28 September 2021. Pembayaran ini dilakukan secara berperingkat. Kepada mereka yang mempunyai akaun di dalam sistem BPR akan dikreditkan terus ke akaun penerima. Dan jika penerima yang tidak mempunyai akaun boleh membuat penunaian di kaunter atau pejabat LHDN. Untuk melakukan penunaian BPR di kaunter LHDN perlulah melakukan temujanji LHDN terlebih dahulu.

Untuk makluman anda yang masih lagi tidak tahu bahawa untuk semak BPR bagi kategori B40, Bujang atau Isi Rumah boleh dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu ke kaunter LHDN semata-mata untuk membuat semakan status lulus atau tidak BPR anda.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk semak status atau check status BPR untuk kategori B40, bujang dan Isi rumah secara online. Sila ikuti panduan yang kami sediakan di bawah ini.

CARA SEMAK BPR B40 2021 MELALUI ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK BPR B40 2021 MELALUI ONLINE.

  1. Sila layari laman web rasmi SEMAK STATUS BPR di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/Default.aspx.

  2. Tekan [Log Masuk BPR].

  3. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.

  4. Tekan [Semak].

  5. Tick “Ya” jika Adakah ini kata kunci keselamatan anda?

  6. Masukkan Kata Laluan atau Password anda.

  7. Tekan [Log Masuk].

  8. Sila klik Menu Semakan Status.

  9. Maklumat Semakan Status BPR anda akan dipaparkan.

  10. Status Permohonan anda akan dipaparkan.

  11. Status Maklumat Pembayaran akan dipaparkan. Anda boleh semak di sini.

  12. Selesai.

BAYARAN FASA 3 DAN RAYUAN BPR 2021

Semakan Status Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 18 September 2021. Semakan status boleh disemak dengan Log Masuk MyBPR seperti panduan yang dikongsikan di atas.

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3

  • Untuk yang mempunyai akaun bayaran BPR Fasa 3 akan dibuat mulai pada 28 September 2021 secara berperingkat.
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun pula, penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 September 2021.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan semak bpr B40 supaya memudahkan anda dan memberi manfaat kepada anda.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

Leave a Reply