CARA SEMAKAN SLIP GAJI PENJAWAT AWAM ONLINE GUNA E PENYATA GAJI 2021
Untuk makluman kepada mereka yang bekerja dalam Sektor Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Penjawat Awam, kini anda boleh melakukan semakan Slip Gaji dengan pantas dan lebih cepat menerusi online menggunakan E-Penyata Gaji.
Tahukah anda bahawa bahawa anda boleh dapatkan bekalan ubat menerusi pos hanya menggunakan aplikasi sahaja jika anda mempunyai penyakit yang sentiasa memerlukan ubat klik atau hospital dan caranya di sini : CARA BUAT TEMUJANJI DAN MOHON PENGAMBILAN UBAT MELALUI POS GUNA APLIKASI MYUBAT.
E PENYATA GAJI
E-Penyata Gaji adalah portal yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi akses kepada Kakitangan Kerajaan yang berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.
Dengan adanya portal E-Penyata Gaji ini dapat memudahkan urusan kebanyakan Pekerja Kerajaan atau Penjawat Awam untuk mendapatkan penyata gaji mereka. Ia juga dapat memudahkan proses permohonan pinjaman rumah, kereta dan peribadi atau personal loan. Selain itu juga, ia dapat memudahkan para ibu bapa yang bergelar penjawat awam mendapatkan salinan penyata gaji mereka untuk urusan anak-anak yang ingin masuk ke sekolah ataupun ke universiti.
Oleh itu, jika anda merupakan pekerja kerajaan atau penjawat awam anda disarankan untuk menggunakan E-Penyata Gaji ini untuk mendapatkan salinan penyata dan slip gaji anda sama ada untuk semak elaun, OT dan lain-lain.
Di bawah ini kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk semak slip atau penyata gaji penjawat awam menggunakan E-Penyata Gaji.
CARA SEMAKAN SLIP GAJI PENJAWAT AWAM ONLINE GUNA E-PENYATA GAJI
PANDUAN LENGKAP CARA SEMAKAN SLIP ATAU PENYATA GAJI PENJAWAT AWAM SECARA ONLINE GUNA E-PENYATA GAJI.
- Sila layari laman web rasmi E-PENYATA GAJI di pautan ini : https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.
- Untuk menggunakan E-Penyata Gaji ini anda mestilah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu jika anda pertama kali menggunakannya.
- Sila tekan [Pertama Kali Mendaftar] di bahagian Daftar Masuk.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Pendaftaran Pengguna Baru.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Gaji anda.
- Cipta Kata Laluan atau Password anda.
- Taip sekali lagi Kata Laluan atau Password yang anda cipta tadi di Sahkan Kata Laluan.
- Sila pilih Soalan Keselamatan.
- Tulis Jawapan kepada soalan Keselamatan yang anda pilih di atas.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Pilih Telco yang anda gunakan sama ada Maxis, Celcom, UMobile, Digi, TuneTalk, XOX.
- Masukkan Alamat Emel anda.
- Sila pilih Pilihan cara menerima notifikasi perubahan kata laluan sama ada melalui SMS atau EMEL.
- [NOTA] Sila masukkan nombor telefon bimbit dan alamat e-mel bagi tujuan reset kata laluan. Kata laluan sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang didaftarkan.
- Tekan [OK] untuk pendaftaran pengguna kali pertama E-Penyata Gaji.
- Skrin akan paparkan “Anda telah berjaya mendaftar. Sila klik pada pautan di bawah untuk daftar masuk”.
- Klik [Daftar Masuk].
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Sila masukkan Kata Laluan atau Password anda semasa pendaftaran tadi.
- Tekan [Daftar Masuk].
- Setelah berjaya masuk, skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik Kemaskini untuk mengemaskini profil. Sila masukkan No H/P, Telco dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
- Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
- Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”.
- Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
- Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”.
- Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekiranya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
- Selain itu, anda juga boleh memuat turun penyata gaji untuk maklumat pinjaman. Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
- Klik pada butang “YA” akan membawa anda ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman” manakala klik pada butang “TIDAK” akan menghantar anda balik kepada skrin sebelum tekan ke menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
- Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.
- Apabila anda kilk pada pautan “Menjana”, skrin pengesahan akan dipaparkan untuk memastikan anda ingin menjana penyata untuk pinjaman tersebut.
- Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut. Skrin seperti berikut akan dipaparkan selepas penyata untuk pinjaman tersebut Berjaya dijanakan oleh system.
- Selesai. Semoga bermanfaat untuk anda.
RUJUKAN
Sebarang persoalan berkenaan E Penyata Gaji anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi panduan dan maklumat untuk memudahkan urusan anda. Serta memberi sedikit manfaat kepada anda bagi menyenangkan anda mencari maklumat yang berkaitan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Pengguna boleh mengemukakan aduan/pertanyaan/kemusykilan/masalah mengenai Sistem e-Penyata Gaji & Laporan kepada emel rasmi Pentadbir Sistem iaitu epayslip@anm.gov.my dan hendaklah disertakan maklumat seperti nama penuh, No. KP, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan Kod Pusat Pembayar pengadu atau sekurang-kurangnya No. KP dan No. Gaji bagi memudahkan semakan.