cara tukar limit pengeluaran

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN (MAYBANK2U, CIMB CLICKS, MYBSN, I-RAKYAT, RHB ONLINE, PUBLIC BANK PBE)

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN (MAYBANK2U, CIMB CLICKS, MYBSN, I-RAKYAT, RHB ONLINE, PUBLIC BANK PBE)

Untuk makluman anda, di zaman serba canggih sekarang, perbankan online atau perbankan internet menjadi pilihan utama. Ini kerana ia merupakan satu kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan menggunakan kaedah ini, pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi dan juga dapat diselesaikan dengan mudah.

Perkara yang seringkali terjadi pada setiap orang apabila mereka ingin membuat pengeluaran bagi melalukan transaksi atas talian atau online apabila sesuatu jumlah yang agak besar tetapi gagal disebabkan transfer limit yang set sebelum ini adalah menggunakan setting default.

Contohnya, jika anda mahu buat pengeluaran dan transfer dari satu bank ke bank yang lain sebanyak RM3,000 tetapi gagal kerana kita telah hadkan cuma RM1,500 sebelum ini.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk tukar limit pengeluaran atau transfer limit untuk Maybank2u, Cimb Clicks, MyBSN, i-Rakyat, RHB Online dan Public Bank PBE.

Baca juga : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Tanpa Ke Kaunter atau Pejabat Pos

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN MAYBANK2U

Berikut adalah panduan cara untuk anda tukar limit pengeluardan dan juga transfer limit Maybank2u.

  1. Sila layari laman web MYBANK2U di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Masukkan Username dan Password anda untuk LOGIN masuk.
  3. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan link SETTINGS yang terletak di bahagian atas kiri skrin.
  4. Kemudian, klik pada tab PAY & TRANSFER, dan tekan butang TRANSFER LIMIT.
  5. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk 7 jenis pindahan pengeluaran iaitu :
  • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
  • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
  • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
  • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
  • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
  • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Sendiri (ASNB Own Account Transfer)
  • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Pihak Ketiga (ASNB 3rd Party Transfer)

6. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.

7. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tekan logo berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah jumlah had yang tertera dan pilih jumlah had yang anda inginkan.

8. Scroll ke bawah dan tekan SAVE CHANGES untuk simpan proses increase transfer limit.

9. Satu menu kecil akan tertera. Tekan REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Sekiranya anda tidak menerima SMS, anda perlu menunggu selama 3 minit, sebelum anda boleh membuat permintaan nombor TAC yang baru. Tekan link click here untuk membuat permohonan baru.

10. Apabila anda telah mendapat SMS di telefon anda yang mengandungi nombor TAC, masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.

11. Tekan butang CONFIRM.

12. Penukaran had transaksi anda berjaya. Anda boleh mengulangi semula proses ini sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran had transaksi.

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN CIMB CLICKS

Berikut adalah cara tukar limit pengeluaran dan transfer limit Cimb Clicks.

  1. Jika anda menggunakan peranti seperti tablet atau telefon bimbit, pastikan anda klik pada pautan “Desktop View” terlebih dahulu.
  2. Selepas login ke akaun CIMBClicks.
  3. Klik pada pautan “Services” di menu sebelah kiri.
  4. Scroll ke bawah dan klik pada “Clicks Transaction Limit”.
  5. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan.
  6. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan.
  7. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”.
  8. Sekiranya berjaya, anda akan menerima makluman seperti ini ” YOUR TRANSACTION LIMIT HAVE BEEN UPDATED. THANK YOU “.

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN MYBSN

Berikut adalah cara tukar limit pengeluaran dan transfer limit MyBsn.

  1. Log masuk ke akaun MYBSN anda di pautan ini : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Menu ( 3 garis di bucu kiri atas)”.
  3. Scroll ke bawah dan klik pada “Manage Account” kemudian pilih “Update Trasaction limit”.
  4. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk lapan jenis pindahan.
  5. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  6. Selepas masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan, tekan SUBMIT.
  7. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan.
  8. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Confirm” untuk selesaikan proses.

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN I-RAKYAT

Berikut adalah cara tukar limit pengeluaran dan transfer limit i-Rakyat.

  1. Layari laman web i-Rakyat di pautan ini : https://www.irakyat.com.my/.
  2. Kemudian masukkan unsername dan password anda dan log masuk.
  3. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile Maintenance”.
  4. Kemudian klik pula pada “Daily Limits Maintenance”.
  5. Masukkan had baharu untuk setiap transaksi yang dimahukan, anda boleh menukar had transaksi bagi:
  6. Pemindahan ke akaun lain, pembiayaan, pembayaran kad.
  7. Pemindahan ke bank lain (IBG/IBFT).
  8. JomPAY.
  9. Pembayaran Bil, Zakat, Derma.
  10. Kiriman Wang.
  11. Tambah Nilai Prabayar.
  12. “Direct Payment Engine (DPE)”.
  13. Pemindahan Tabung Haji.
  14. Selepas selesai memasukkan jumlah yang dikehendaki, klik pada “Request TAC”.
  15. Masukkan TAC yang diterima dan klik “Submit”. Sekiranya berjaya, anda akan menerima pengesahan perubahan had transaksi.

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN RHB ONLINE

Berikut adalah cara tukar limit pengeluaran dan transfer limit RHB Online.

  1. Sila layari laman web RHB Now di pautan ini : https://logon.rhb.com.my/?_ga=2.165733117.25436876.1633415304-1409075107.1627108260.
  2. Kemudian masukkan username dan password untuk log masuk.
  3. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile”.
  4. Kemudian klik pula pada “Daily Transaction Limit”.
  5. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan.
  6. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan.
  7. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”.

CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN PUBLIC BANK PBE

Berikut adalah cara tukar limit pengeluaran dan transfer limit Public Bank PBE.

  1. Sila log masuk ke akaun PbeBank anda : https://www.pbebank.com.
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile Maintenance”.
  3. Kemudian pilih “Tukar Had Pindahan Harian”.
  4. Seterusnya pilih “Tukar Had Pemindahan Fpx”.
  5. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan kemudian tekan Next.
  6. Periksa butiran, kemudian Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan.
  7. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit.
  8. Tekan Sahkan untuk menyelesaikan proses.
Bagaimana cara tukar limit Maybank2u?

Caranya anda mesti log masuk dahulu di Maybank2u anda barulah dapat tukar limit Maybank2u anda melalui panduan yang disediakan di dalam artikel ini.

Berapa had limit pengeluaran Maybank2u?

Had limit bergantung kepada akaun anda. Sama ada anda menggunakan akaun simpanan atau semasa. Cara untuk tukar limit melalui Maybank2u boleh anda ikuti menerusi artikel ini.

Leave a Reply