cara tebus voucher shopee rm200

CARA TEBUS VOUCHER SHOPEE RM200 UNTUK BELI PETI SEJUK DAN AIRCOND 2021 [PANDUAN LENGKAP]

CARA TEBUS VOUCHER SHOPEE RM200 UNTUK BELI PETI SEJUK DAN AIRCOND 2021 [PANDUAN LENGKAP]

Untuk makluman anda, Kerajaan telah memperuntukkan RM30 Juta di dalam Belanjawan 2021 sebelum ini untuk diberikan rebat RM200 untuk pembelian peti sejuk atau aircond kepada mereka yang berkelayakan dan membuat pembelian menerusi Shopee. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 140 000 isi rumah.

[PERHATIAN] Anda juga boleh tebus RM200 vaucer Save 2.0 ini di kedai. Boleh lihat dipanduan bawah sekali.

Program ini dikenali sebagai Save 2.0. Save 2.0 merupakan program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli peti sejuk atau penyaman udara berlabel 4 atau 5 bintang yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Baca juga : CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA 2021 [PANDUAN LENGKAP] HANYA SHARE LINK SAHAJA DAPAT KOMISYEN 5 ANGKA SEBULAN

VOUCHER SHOPEE RM200

Voucher Shopee RM200 adalah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang membuat pembelian peti sejuk atau aircond yang mempunyai label 4 atau 5 bintang. Program Voucher Shopee RM200 ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penggunaan barangan yang jimat elektrik dan cekap tenaga untuk selamatkan alam sekitar.

Program SAVE 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-Rebat RM200 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4&5 bintang yang sah oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk tebus voucher atau rebat shopee RM200 bagi pembelian peti sejuk dan juga aircond.

SYARAT KELAYAKAN CLAIM BAUCER SHOPEE RM200

Berikut merupakan beberapa syarat kelayakan untuk Claim Baucer Shopee RM200.

  • Warganegara Malaysia.
  • Anda mestilah Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SEB atau SESB.
  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5bintang. Cekap Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2021.
  • 1 akaun bil elektrik, 1 e-Rebat, 150,000 tebusan pertama sahaja.

CARA TEBUS VOUCHER SHOPEE RM200

PANDUAN LENGKAP CARA TEBUS VOUCHER SHOPEE RM200 UNTUK PEMBELIAN PETI SEJUK ATAU AIRCOND CEKAP TENAGA BERTARAF 4 ATAU 5 BINTANG.

  1. Sila layari laman web rasmi VOUCHER SHOPEE RM200 di pautan ini : https://shopee.com.my/m/program-save.

  2. Untuk tebus Voucher Shopee RM200 anda dikehendaki melihat senarai yang disediakan di Shopee menerusi pautan Shopee SAVE 2.0 di atas.

  3. Tekan REFRIGERATORS untuk membuat pilihan peti sejuk atau tekan AIR-CONDITIONERS untuk membuat pilihan Air Cond.

  4. Anda dikehendaki untuk hubungi dan contact seller Shopee melalui chat shopee untuk pilihan peti sejuk atau aircond yang menjadi pilihan anda untuk beli produk miliknya. Penjual / Shopee seller ini sendiri akan bantu anda anda tebus & claim rebat RM200.

  5. Jika anda lulus, seller akan kongsikan kepada anda voucher Shopee bernilai RM200 untuk anda tebus voucher tersebut semasa proses pembelian.

  6. Di checkout Shopee, sila tekan “Shop Vouchers” dan masukkan baucer yang diberikan atau claim baucer tersebut dan anda akan menikmati potongan harga RM200 atau rebat RM200.

  7. Selesai pembelian anda dengan buat pembayaran pada harga yang murah selepas menikmati potongan harga dari Voucher Shopee RM200.

  8. Untuk lebih jelas sila lihat gambar panduan dari pihak Shopee di bawah ini.

    shopee rm200

  9. Untuk makluman anda, anda juga boleh tebus RM200 voucher ini menerusi cara lain. Sila lihat di panduan di bawah.

CARA TEBUS BAUCER RM200 BELI PETI SEJUK DAN AIRCOND SELAIN GUNA SHOPEE

Untuk makluman anda, anda juga boleh tebus voucher RM200 rebat peti sejuk atau aircond selain dari guna Shopee.

  • Anda boleh buat pembelian terus di kedai atau pasaraya berdaftar dengan membawa bil elektrik anda.

RUJUKAN

Sekiranya anda mengalami masalah dan pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan kepada anda cara untuk tebus Save 2.0 RM2OO ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Bahagian Pembangunan Fasilitasi Teknikal

SEDA Malaysia

Talian Hotline SEDA Malaysia : +603-8870 5800

Laman web : saveenergy.gov.my

Leave a Reply