CARA DAFTAR SARAWAK PAY S PAY GLOBAL UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN BKSS DAN DAFTAR MERCHANT MILIKAN TUNGGAL
Untuk makluman anda, Sarawak Pay telah mula diperkenalkan dan beroperasi bermula pada November 2017. Penggunaan Sarawak Pay amat diperlukan apabila berada di Sarawak kerana Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak menerusi inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak.
Untuk pengetahuan anda, Sarawak Pay telah dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.
Baca juga : SEMAKAN STATUS BKSS RM1500 : CARA CHECK KELULUSAN DAN TARIKH BAYARAN BKSS BANTUAN PENIAGA
SARAWAK PAY
Sarawak Pay adalah e-Wallet S Pay Global yang diperkenalkan kepada rakyat Sarawak bagi membeli barangan, membayar bil utiliti dan juga Majlis Bandaraya anda melalui telefon bimbit anda bila-bila masa tidak kira dimana anda berada. Secara ringkasnya, memudahkan anda membuat pembayaran hanya menerusi aplikasi Sarawak Pay.
Sarawak Pay juga memudahkan proses menerima dan membuat bayaran untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.
Untuk makluman, bagi memastikan penyertaan dari penduduk luar bandar, Sarawak Pay dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (agen-agen yang diberi kuasa BSN) di tempat-tempat tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).
CARA GUNA SARAWAK PAY
Seperti juga e-Wallet yang lain, apa yang perlu anda lakukan ialah imbas dan bayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan Sarawak Pay atau pada bil anda. Nilai ganjaran tunai yang anda claim atau dapat boleh digunakan untuk membayar bil anda dengan serta-merta melalui Sarawak Pay. Ini adalah ciri yang menarik dari e-Wallet ini.
MUAT TURUN ATAU DOWNLOAD APLIKASI ATAU APPS SARAWAK PAY ATAU S PAY GLOBAL
JENIS PERANTI | ANDROID | IOS | HUAWEI |
LINK MUAT TURUN ATAU DOWNLOAD | https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.paybills | https://apps.apple.com/my/app/sarawak-pay/id1250845042 | https://appgallery.huawei.com/app/C101910061 |
CARA DAFTAR SARAWAK PAY
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SARAWAK PAY.
- Sila Download atau Muat Turun Aplikasi atau Apps Sarawak Pay di Link di atas.
- Klik [New User Registration] di bahagian atas sebelah kanan Apps tersebut.
- Pilih Nationality anda. Pilih [Malaysia].
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Cipta Username untuk login.
- Cipta Kata Laluan atau Password anda.
- Taip sekali lagi Kata Laluan atau Password yang dicipta.
- Tick Term dan Conditions.
- Tekan Next.
- Anda akan dibawa ke Account Verification.
- Sila isi butiran Alamat Kediaman anda.
- Pilih Bangsa anda.
- Pilih Pekerjaan anda.
- Pilih Majikan anda.
- Tekan Next.
- Anda dikehendaki mengambil foto depan dan belakang Kad Pengenalan anda.
- Sila masukkan foto atau gambar Kad Pengenalan anda.
- Tekan Next.
- Anda diminta membuat pengesahan TAC yang dihantar ke Nombor Telefon anda atau Emel anda.
- Masukkan Nombor TAC yang diterima.
- Daftarkan pin pembayaran 6 digit yang baru.
- PIN ini diperlukan untuk proses pembayaran Sarawak Pay nanti. Pastikan anda simpan dan ingat Nombor PIN tersebut.
- Pendaftaran anda telah berjaya!
- Anda boleh Login masuk ke Sarawak Pay menerusi apps atau aplikasi dan log masuk menggunakan Username dan Password yang anda cipta semasa pendaftaran di atas.
- Selesai.
CARA DAFTAR SARAWAK PAY UNTUK MERCHANT ATAU PEMILIK MILIKAN TUNGGAL
Apakah Akaun Pemilik Milikan Tunggal (Personal Merchant)
“Personal merchant” adalah untuk perniagaan kecil yang bukan syarikat berdaftar. Ia adalah sesuai digunakan oleh penjaja, gerai makanan & minuman, perniagaan kecil yang beroperasi dari rumah dan sebagainya.
- Muat turun dan daftar di aplikasi S PAY GLOBAL sebagai PENGGUNA terlebih dahulu.
- Cara daftar sebagai pengguna sila lihat dipanduan di atas.
- Login masuk ke S PAY GLOBAL selepas pendaftaran pengguna.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran.
- Muat Naik Gambar IC (Depan & Belakang) dan Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan anda.
- Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
- Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah AKAUN BANK PERSENDIRIAN.
- Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak S PAY GLOBAL untuk status pendaftaran akaun perniagaan S PAY GLOBAL.
- Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran.
- Templat QR kod S PAY GLOBAL boleh dimuat turun di SINI.
- Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S PAY GLOBAL.
RUJUKAN
Sebarang persoalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi panduan Sarawak Pay atau S Pay Global supaya dapat memudahkan anda mendapatkan informasi dan memberi manfaat kepada semua yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Laman Web rasmi S Pay Global : https://spayglobal.my/.
S PAY GLOBAL Customer Service : (1-300-88-7722) or (082-22 45 99)
Email : customerservice@spayglobal.my